23c308e8-2ea9-429f-8e5a-806ee7d590f6

Shah Alam – Mesti ramai yang suka makan makanan laut kan?

Kalau di Selangor memang agak terhad kita hendak mencari restoran yang menyajikan makanan laut dengan suasana di tepi tasik. Sekarang tidak lagi. Kita terus saja ke Shah Alam dengan berkonsepkan ikan bakar dan makanan laut dengan suasana di tepi tasik, Restoran Chandat@Terapung akan menjadi satu lagi daya tarikan baru Di Shah Alam. Menikmati makanan yang di tawarkan oleh restoran ini dengan suasana di tepi tasik semestinya akan menjadi daya tarikan yang menakjubkan kepada pengunjung yang inginkan suasana tenang dan damai.

Restoran Chandat@Terapung ini adalah di bawah kendalian SACC Convec Sdn Bhd (SCSB) bersama anak syarikat mereka iaitu SACC Food Chain Sdn Bhd (SFCSB). Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai PKNS iaitu ahli lembaga pengarah SACC Convention Sdn Bhd (SCSB), Suhaimi Kasdon.

“Restoran Chandat@Terapung ini adalah salah-satu mandat yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada pihak PKNS untuk mengusahakannya sebaik mungkin. Pihak PKNS telah berikan sepenuh kepercayaan kepada anak syarikatnya iaitu SCSB yang sedia maklum mempunyai pengalaman dalam bidang makanan dan minuman” Ujar Suhaimi Kasdon.

Menurut Azlina Amran iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd, konsep restoran ini adalah untuk mengetengahkan makanan laut sebagai hidangan utama dan menjadikan sotong sebagai hidangan istimewa. Konsep masakan di restoran ini menekan teknik masakan bakar-bakar dan juga masakan lain yang dihasilkan oleh chef berpengalaman mereka yang diketuai oleh Award Winning Chef iaitu Chef Rizal Nahar yang mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari lebih dari 15 tahun.

Menurut Azlina Amran lagi, nama Restoran Chandat@Terapung nama yang diberi ini terhasil daripada satu pertandingann yang di anjurkan oleh pihak SCSB untuk para kakitangan memberikan idea nama restoran yang akan di buka. Salah seorang kakitangan mereka telah memberikan nama Chandat dengan menceritakan zaman kanak-kanaknya sewaktu mencandat sotong. Ianya menarik perhatian kerana beliau sanggup ponteng sekolah hanya semata-mata untuk pergi mencandat sotong bagi mendapatkan hasil yang lumayan.

Bagi memberi kepuasan dan memenuhi permintaan pegunjung, menu istimewa sotong yang disediakan di restoran ini dipelbagaikan dari segi bahan-bahan yang digunakan seperti menu sotong sumbat yang disumbat dengan bahan-bahan seperti sotong sumbat begedil, sotong sumbat terung bakar, dan sotong sumbat kelapa. Menarik bukan? Bagi peminat menu sotong seharusnyatidak melepaskan peluang ke Restoran Chandat@Terapung untuk merasai sendiri keunikan menu-menu ini.

Beberapa promosi telah disediakan oleh Restoran Chandat@Terapung, antaranya ialah set makan tengah hari serendah RM14.90, percuma 1000 paket biskut dan penolakan RM50 bagi pelanggan yang menikmati makanan di restoran ini dengan jumlah minimum RM200.

Selain itu, Restoran Chandat@Terapung juga menyediakan menu minum petang bermula dari jam 3 petang sehingga 6 petang setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Antara menu minum petang yang menarik seperti Cucur Udang Chandat, Cucur Ikan Bilis, Colek-colek Seafood dan Keropok Lekor.

Sempena menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi, Restoran Chandat@Terapung juga menyediakan buffet Ramadan bermula 15 Mac hingga 7 April. Tempahan awal dengan harga serendah RM18 sahaja manakala harga biasa untuk dewasa berharga RM138 dan RM68 untuk kanak-kanak dan warga emas. Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila hubungi 03-55930088 atau 0146582881

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading