Screenshot 2024-02-21 at 1.15.10 AM

Shah Alam – Sempena menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi, bertemakan Selera Orang Kita Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) juga tidak ketinggalan mengadakan prebiu Ramadan baru-baru ini.

SACC menawarkan bufet Ramadan kepada orang ramai bermula 14 Mac hingga 7 April ini.

Bufet dengan sentuhan hebat diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain ini bertemakan Selera Orang Kita membawakan gabungan citarasa kepelbagaian makanan Malaysia yang berkonsepkan kehidupan muhibbah dan harmoni masyarakat majmuk yang ada di Malaysia. Negara kita Malaysia sememangnya terkenal dengan percampuran pelbagai budaya dan kaum ini semestinya mempunyai kepelbagaian menu makanan yang harus kita ketengahkan lebih-lebih lagi kepada generasi muda. Menu istimewa tahun ini yang dijangka menjadi tarikan pengunjung ialah Nasi Ambeng SACC.

Selain itu menu utama yang menjadi tumpuan pengunjung di SACC ialah Mee Kari Nonya, Kambing Masalah Kentang, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong, Kambing Kebuli dan Ayam Bakar Bawang Putih. Pengunjung juga dapat merasai pelbagai juadah enak berkonsepkan Selera Orang Kita ini daripada hidangan berat sehingga pencuci mulut.

Menarik bukan?

Menurut Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd, ketika ditemu bual di Majlis Prebiu Bufet Ramadan SACC, “Kelainan untuk tahun ini, SACC menawarkan dan menyediakan sajian mangkuk tingkat yang terkenal di kalangan masyarat kita untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat merasai hidangan bufet Ramadan di SACC ini dengan menyediakan nasi, tiga jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga serendah RM159”

“Selain itu lebih menarik lagi, anak syarikat kami iaitu SACC Food Chain Sdn. Bhd turut menyediakan perkhidmatan tempahan hamper raya dan juga aneka biskut raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri atau boleh juga dijadikan sebagai hadiah korporat”

Pakej berbuka puasa ini ditawarkan pada harga serendah RM118 untuk dewasa. Manakala untuk kanak-kanak pula berharga RM68. Kepada yang berminat untuk mencuba hidangan bufet berbuka puasa di SACC, tempahan awal telah pun dibuka dan berlangsung kini di laman sesawang SACC iaitu RM98 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun. Manakala kanak-kanak yang berusia bawah7 tahun adalah percuma. Sangat menjimatkan bagi pengunjung yang sukakan penjimatan.

Bagi pengunjung Korporat SACC pula, Pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM110 lengkap dengan penggunaan Rang Dewan Khas, Kemudahan Skin LED, Pentas Mudah Ali, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang Pakej Korporat SACC, sila hubungi SACC dan pegawai jualan SACC akan sedia membantu anda. Tempahan dan pembelian awal juga bole dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511 8858 / 013-250 2858

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading