f8799d0a-accf-4fab-a31d-17ca2279f9e0

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia, yang jatuh pada 20 Mac, Sensodyne menganjurkan kempen #BetterOralCareNation untuk tahun kedua berturut-turut.

Berikutan kejayaan kempen #BetterOralCareNation yang pertama, Haleon dan Sensodyne bergabung tenaga dengan Persatuan Pergigian Malaysia untuk terus menangani keadaan kesihatan mulut semasa di Malaysia.

Menurut Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Dewasa pada tahun 2010, di Malaysia, 94% orang dewasa Malaysia mengalami masalah gusi manakala 88.9% daripada mereka mengalami kaviti gigi. Kajian oleh Haleon dan Kantar juga menunjukkan 71% rakyat Malaysia pernah mengalami gejala sensitiviti gigi.

Kempen #BetterOralCareNation tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengekalkan enamel yang kuat dan gusi yang sihat, yang akan menyumbang kepada negara yang lebih yakin dan sihat.

 Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama hadir dan buat pemeriksaan gigi pada 7 Mac 2024 hingga 10 Mac 2024 ini di Sunway Velocity.

Bagi anda yang mahukan penjagaan mulut total, apa kata korang cuba Sensodyne Sensitiviti, Gum & Enamel. Ianya ubat gigi dengan manfaat Triple Action! 

Tidak hanya memberikan kelegaan pada gigi sensitif, ubat gigi ini turut memberikan perlindungan pada gusi dan mengukuhkan enamel gigi.

Terbukti secara klinikal dapat melegakan sensitiviti pada gigi, korang boleh lihat hasil ketara pengurangan gusi berdarah selepas  2 minggu penggunaan ubat gigi ini.

Selain itu, formula MicroFoam yang digunakan oleh Sensodyne Sensitiviti, Gum & Enamel dapat menembus jauh ke kawasan antara gigi dan di sepanjang garis gusi untuk memberikan penjagaan dan perlindungan mulut yang menyeluruh.

Dapatkan Sensodyne Sensitiviti, Gum & Enamel di pasaraya, farmasi, Watson dan Guardian yang  berdekatan dengan korang!

Pembelian dalam talian pula boleh di buat melalui Shopee, aplikasi Watsons dan Guardian

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading