MTXX_PT20240313_125206092

HONOR pastinya hadir dengan gajet yang diluar jangkaan. Setiap gajet yang dikeluarkan memberi kejutan dengan kehebatan dan kualiti terbaik tersendiri.

Penggal pertama tahun 2024 menyaksikan sekali lagi kehebatan HONOR dengan hadirnya HONOR Magic6 Pro. Telefon pintar dengan Model Data Raya (LLM) dan AI generatif yang dilatih mengenai jumlah data yang besar sehingga mampu menjana imej atau teks seperti ChatGPT yang popular. HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan Model Data Raya AI pada peranti (on-device AI) yang menyokong sehingga 7 bilion parameter.

Baru baru ini HONOR Magic6 Pro telah  mencatatkan tiga rekod DXOMARK untuk kategori paparan, bateri dan swafoto bagi mengatasi pesaing terkemuka seperti Samsung, Apple dan Google Pixel, peranti berprestij ini mendapat markah sebanyak 157 dalam kategori bateri, mengatasi Oppo Find X6 Pro.

HONOR Magic 6 Pro telah membuat penampilan di MWC Mobile World Congress dengan menampilkan telefon pertama di dunia yang dijual di luar china yang mempunyai bateri Silikon karbon, malah penyelidik mengatakan ianya mempunyai kesan alam sekitar lebih rendah dan risiko daripada bateri litium-ion yang digunakan dalam kebanykan bateri hari ini.

HONOR Magic 6 Pro mempunyai banyak spesifikasi dan ciri yang anda jangka dari telefon flagship 2024. Ianya memberikan pengalaman android yang menakjubkan dalam reka bentuk peranti yang mewah. Paparan yang jelas, bateri yang tahan lama, kemera yang luar biasa, pemprosesan yang pantas, ciri Ai Yang Inovatif pasti membuatkan HONOR Magic 6 Pro menjadi sebuah telefon android yang peling menarik pada tahun 2024.

Malaysianews TV nak kongsi dengan pembaca apa yang menarik dengan gajet ini.

Menarik tentang HONOR Magic 6 Pro

Kebiasaanya, sehebat mana pun sesuatu gajet itu, pasti gagal mengambil gambar bergerak dengan sempurna. Jadi, HONOR Magic 6 Pro hadir dengan teknologi Kamera Falcon.

Sistem Kamera Falcon

Kamera Falcon bagi menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi. Sistem kamera ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dan merupakan sistem yang lebih canggih dari generasi sebelumnya.

HONOR Magic6 Pro didatangi Sistem Kamera Tele-falcon 180MP hebat (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik manakala lensa swafoto 50MP dengan sensor TOF 3D.

Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.

Peranti seberat 229 gram dan setebal 8.9mm ini juga memiliki rekaan luaran yang menarik apatah lagi skrin jenis kuad lengkung manakala lensa tri-kamera belakangnya dibaluti kerangka ala kulit yang lengkap dengan lampu flash.

Reka Bentuk Tahan Lasak

Tubuh peranti dilengkapi binaan berbeza yang termasuk kaca melengkung pada panel hadapan dan bingkai di bahagian sisi.

Panel hadapan tadi juga dilindungi lapisan kaca khusus NanoCrystal Shield yang dikatakan mempunyai sifat tahan lasak bertujuan melindungi skrin agar lebih tahan lama. Kemudiannya bingkai logam yang dibulatkan pula membuatkan peranti ini lagi selesa untuk dipegang.

Bateri Nipis Tapi Padu

HONOR adalah jenama pertama yang menggunakan bateri silikon senipis kad ATM anda. Namun, kuasa baterinya tidak boleh disangkal lagi kerana mempunyai ketahanan luar biasa.

Bateri 5,600mAh adalah lebih besar berbanding 5,100mAh yang digunakan pada Magic5 Pro. Apa yang menariknya di sini adalah ianya sejenis silikon-karbon yang dinaik taraf dengan kemampuan lebih baik dalam pelbagai keadaan. Peningkatan seterusnya sudah tentulah pada sistem pengecasan yang kini menyokong sehingga 80W untuk berwayar dan nirwayar 66W. Pun begitu kepala pengecas disediakan menyokong kuasa sehingga 100W.

Perisian MagicOS 8.0

Perisian terkini MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 dilihat mampu meningkatkan kepuasan pengguna sewaktu menggunakan peranti. Sepintas lalu nampak dengan jelas antaramuka MagicUI baharu ini tiada bezanya dengan iterasi sebelum, namun sebenarnya ia dibina bersama model AI untuk sejumlah ciri baharu.

Antaranya seperti Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag dan drop sahaja. Digabungkan dengan Magic Ring, ia boleh menawarkan pengalaman yang lancar merentasi peranti berbeza termasuk tablet, komputer riba dan banyak lagi. Kemudian ciri Magic Capsules yang berfungsi seperti Dynamic Island untuk pemberitahuan asas.

HONOR Magic6 Pro ditawarkan dalam pilihan warna Hitam dan Epi Green dengan ciri kalis air dan habuk IP68.

Sememangnya HONOR Magic6 Pro benar-benar Magik!

Banyak lagi kelebihan pada gajet ini. Yang penting tunggu ulasan dan reviu penuh kami pada 20 Mac ini!

1 thought on “Reaksi Pertama: Ledakan Adrenalin dengan Honor Magic6 Pro, Masuk pasaran Malaysia 20 Mac ini!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading