cceaa36b-7e50-41b4-9466-9a48527bef9f

KUALA LUMPUR -Kuala Lumpur – Masyarakat sekitar Lembah Klang berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan raya, daripada Usahawan PKNS sempena “Karnival Meriahnya Raya bersama PKNS”, yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS (BPU) dengan kerjasama Datumcorp International Sdn.Bhd. 

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena karnival ini seperti “Meet & Greet” bersama Duta Usahawan PKNS iaitu Dato Rosyam Nor, pertunjukan fesyen dari pereka fesyen Usahawan BizClub PKNS, sesi jualan dengan harga yang berpatutan, ruangan foto keluarga serta aktiviti buskers pada setiap hujung minggu dan persembahan pentas sepanjang karnival ini berlangsung.

Usahawan PKNS yang terlibat sebagai pempamer adalah dari kategori pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Songkok & Sampin, barangan hiasan raya, kuih dan kerepek raya. Dijangkakan hampir 5000 pengunjung yang akan hadir sepanjang karnival ini. 

“Karnival ini memberi peluang kepada usahawan ‘start-up” bagi mempromosikan produk mereka, disamping meluaskan hubungan perniagaan melalui pendekatan jaringan perniagaan (business networking) secara fizikal dan perniagan atas talian (Online). Selain promosi barangan, data maklumat pelanggan juga dapat dikumpulkan dari pengunjung yang hadir untuk strategi pemasaran yang lebih efektif. “ Kata Puan Yuzawati Binti Yusof, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS.

Pusat Beli-belah Datum Jelatek (DJSC) adalah lokasi karnival yang bakal menjadi tumpuan umum kerana kemudahan fasiliti yang disediakan seperti ruang parkir yang luas dengan bayaran hanya rm 1.

Pengunjung juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan terus stesen LRT Jelatek ke Datum Jelatek.

Menurut Tengku Khairil Azwan, Pegawai Pemantau Operasi Datumcorp International Sdn Bhd (DCI), ” Karnival ini boleh menjadi acara tahunan bagi memeriahkan suasana bulan ramadan dan raya di Datum Jelatek dengan himpunan produk barangan keperluan raya dari Usahawan PKNS. Pastinya acara seperti ini dapat membantu komuniti setempat dalam mendapatan barangan persiapan raya disamping promosi dan diskaun harga yang menarik.

Karnival Meriahnya Raya bersama PKNS ” berlangsung pada 5 Mac sehingga 21 April 2024 dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Datum Jelatek Shopping Centre.   

 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading