Kuala Lumpur – ‘Fabulous Floral Raya’ menjadi tema bagi festival jualan raya 2024 di Melawati Mall. Aidilfitri pada tahun ini pastinya mahu diraikan dengan penuh kemeriahan dalam suasana ciri-ciri moden kemelayuan diselitkan dengan elemen dari negara timur dalam mewarnai hari raya nanti.
Sesuai dengan tema bunga-bungaan itu, Melawati Mall dihiasi dengan hiasan perayaan yang diilham daripada corak flora yang terdapat dalam teksil traditional Arab dan digabungkan dengan elemen-elemen reka bentuk moden serta menampilkan gubahan bunga dan hiasan pentas yang diilhamkan oleh seni bina Arab.

Bermula Dari 9 Mac hingga 21 April, Melawati Mall mempromosikan raya baharu ini daripada pelbagai jenama tempatan yang tidak asing lagi dengan menampilkan Istana Kaftan, HollaKidz, Elrah Exclusive, Fana Couture, Ababil, Love Trisha dan beberapa lagi jenama tempatan yang lain yang semestinya akan menarik pengunjung ke pusat membeli belah ini sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti.
Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori antaranya minyak wangi dan hamper raya bagi melengkapkan dan meraikan hari raya mereka nanti.

Menampilkan pelbagai pilihan baju kurung dan kelengkapan pakaian raya dengan gaya moden yang mengetengahkan elemen kreativiti jenama dalam menggabungkan ciri traditional dan kemodenan yang cukup sesuai dalam menepati susana raya tahun ini.
Pelancaran pertunjukan fesyen raya ini telah berlangsung pada 8 Mac 2024 Di GF, Meranti Court sebagai pembukaan kemeriahan Aidilfitri tahun ini. Melawati Mall membawakan acara kemuncak iaitu pelancaran pertunjukan fesyen ‘Fabulous Floral Raya’ yang cukup meriah.


Para tetamu juga dihiburkan dengan penampilan khas dari selebriti terkenal seperti Amir Ahnaf dan Fadhli Masoot, Aizat Saha, Muiz Karim dan ramai lagi.
Tidak lupa juga, Melawati Mall turut menyediakan ganjaran dan promosi membeli-belah Fabulous Floral Raya yang menarik buat pengunjung. Dari 9 Mac hingga 14 April.
Pengunjung berpeluang memenangi hamper Fabulous Floral Raya yang lumayan bernilai sehingga RM500 melalui cabutan bertuah raya. Pengunjung hanya perlu berbelanja dengan minimum sebanyak RM150 di mana-mana kedai Di Melawati Mall. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 18 April melalui saluran media sosial rasmi Melawati Mall
Selain itu, pembeli juga boleh menebus paket Fabulous Floral Raya eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit dan Batik Raya Melawati Mall khas dengan perbelanjaan minimum RM350 dalam maksimum dia resit. Promosi-promosi ini pastinya akan menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk ke Melawati Mall sepanjang bulan Ramadan dan aidilfitri nanti.

Pelbagai persembahan menarik akan diadakan sepanjang Hari Raya ini seperti Tarian Bunga Raya dan Dikir Barat. Tidak dilupakan bagi kanak-kanak pula, aktiviti eksklusif kelab kanak-kanak (MMKIDZONE) yang diadakan pada hujung minggu.
Terdapat juga aktiviti kekeluargaan yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk seni anyaman dan bengkel membuat paket raya yang diadakan para setiap hujung minggu. Pertandingan mewarna pula akan berlangsung pada 30 & 31 Mac di tingkat dua, MMKIDZONE Utara. Untuk menyertai aktiviti- aktiviti menarik ini, pengunjung hanya perlu mendaftar sebagai ahli kelab kanak-kanak (4 – 12 tahun) di ruang acara secara percuma.

Dari 26 Mac hingga 9 April, terdapat juga Bazar Ramadan yang berlangsung di pintu masuk selatan yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa dan aksesori fesyen serta banyak lagi yang pastinya memudahkan para pengunjung dengan berbelanja hanya satu tempat destinati pastinya di Melawati Mall.
Antara penaja yang menjayakan program ini, Bask Bear Coffee, menyediakan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan manakala pameran fesyen itu dijayakan dengan sokongan jenama Ducati, Colegacy, Elrah Exclusive, Fana Couture, Gene Martino, Truly Asia dan WHIP. Penaja media Asashi, Ababil, Golden Screen Cinemas, LAC, MBG FruitShop, Orchid Classic dan Variante turut memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini.
