e979ab65-1177-4988-b67b-25ce857582b0

Subang Jaya – Yayasan PEKEMA hari ini meraikan seramai 250 orang anak-anak asnaf dan tahfiz membeli kelengkapan pakaian bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba di Pusat Beli-Belah Mydin disini.

Presidennya, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin, berkata program ini yang menjadi acara tahunan bertujuan berkongsi rezeki dan menggembirakan golongan yang memerlukan itu.

“Bagi tahun ini, Yayasan PEKEMA memperuntukkan RM200 seorang bagi membeli belah pakaian raya yang diinginkan.

“Kita memilih Mydin sebagai lokasi membeli belah kerana setiap barangan yang ada disini adalah daripada produk dan usahawan IKS bumiputera, secara tidak langsung kita membantu meningkatkan ekonomi tempatan” katanya dalam sidang media selepas penyerahan baucer membeli belah kepada anak-anak asnaf.

Tambahnya, sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan sedikit beban mereka dan menghulurkan nikmat berhari raya agar lebih bermakna serta menyemarakkan keindahan bersedeqah di bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan.

Anak-anak asnaf dan tahfiz yang diraikan itu terdiri daripada Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU mata), Anak-anak Kampung Lanchong, Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum dan Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab, Kg Paya Beranang.

Turut hadir pada program tersebut adalah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin dan isteri, Timbalan Presiden PEKEMA, Dato’ Hj Wan Sazrudeen Dato’ Hj Wan Zaid, Setiausaha PEKEMA, Ahmad Faresh Ahmad Zahid dan ahl-ahli jawatankuasa PEKEMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading