d49b01d2-5e9b-4a7f-8c09-f7244229faca

Putrajaya – Pengeluar koleksi pakaian wanita dan keluarga, MINAZ teruja bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dalam menjayakan Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP24).

Festival selama sebulan bermula 12 Mac sehingga 9 April itu, adalah sebagai satu pusat sehenti yang memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan seperti juadah berbuka puasa termasuk barangan persiapan untuk menyambut hari raya.

Satu pertunjukan fesyen pelbagai koleksi dari jenama itu telah berlangsung pada malam sabtu bagi mempersembahkan lebih 30 koleksi abaya dan baju kurung moden. Koleksi raya yang membawa sentuhan arab dan klasik tersebut mengangkat tema ‘Lebaran Kita – Sempurna’ diperincikan lebih santai dan mewah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Puan Hajjah Hafiza Dato’ Abdul Hamid berkata, pada tahun ini pakaian modest menjadi pilihan wanita di Malaysia kerana lebih sopan, longgar dan selesa dipakai.

“Kami tampilkan kepelbagaian warna untuk koleksi Abaya Series kerana memenuhi citarasa orang kita yang suka mengenakan warna yang menyerlah dan perincian manik dan batu swarozski bagi menaikkan seri pada abaya kami.

“Tahun ini juga, kita memilih untuk fokus kepada signature MINAZ yang telah diperkenalkan dari tahun 2012 iaitu baju fabrik printed dengan menampilkan corak bunga-bungaan, bila orang pakai pasti tahu itu adalah baju MINAZ” katanya dalam sidang media selepas pertunjukan fesyen malam tadi.

Jelasnya lagi, MINAZ komited mengeluarkan produk pakaian yang bukan sahaja boleh dipakai semasa hari raya namun boleh digayakan secara kasual.

Sempena pertunjukan fesyen di Putrajaya kali ini, MINAZ juga menampilkan ‘MINAZ Friends iaitu kumpulan pempengaruh media sosial bagi memperagakan koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’.

“Warga Putrajaya begitu dekat di hati MINAZ. Apabila diberi peluang sebegini untuk berkerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab, kami lihat ia sebagai satu peluang keemasan buat kami untuk menyantuni pelanggan dan peminat jenama ini di kawasan Putrajaya dan berdekatan,” ujarnya lagi.

MINAZ berharap untuk terus kekal relevan dan terus menyuntik keyakinan buat para wanita dalam berpakaian sempurna disamping menyajikan para pelanggan yang dikasihi dengan rekaan baju yang sopan dan terkini.

Pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal, Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP24) juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu kesenian (minggu pertama), kecantikan (minggu kedua), sukan (minggu ketiga) dan islamik (minggu keempat)

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading