b41ac135-67a9-42c7-954c-7f877a45b637

Kuala Lumpur – Orang ramai yang membuat pembelian di bazar Ramadan di Jalan Raja Alang di sini dengan menggunakan kod QR dapat menikmati diskaun harga sebanyak 20 peratus.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, inisiatif pemberian diskaun oleh Maybank itu antara lain bertujuan menggalakkan pembayaran digital dalam kalangan masyarakat.

Dengan pembelanjaan RM10, mereka akan layak mendapat diskaun sebanyak RM2 dan bakinya dibayar oleh Maybank.

Menurut beliau, penggunaan QR juga lebih selamat dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa menimbulkan isu penukaran wang baki.

“Inisiatif sistem Imbas dan bayar guna kod QR dalam bazar Ramadan ini diambil oleh Maybank. Segala pembelian guna kod QR dapat diskaun 20 peratus.

“(Sebagai contoh) Pembelian bernilai RM10, penjaja masih dapat RM10 tetapi pembeli cuma bayar RM8. Perbezaan (RM2) Maybank tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Imbas dan Bayar di Bazar Ramadan Kampung Baru Jalan Raja Alang, di sini, hari ini.

Selain Kampung Bharu, program itu turut dilaksanakan di Bazar Ramadan Melawati dan Desa Pandan. Ia melibatkan lebih 600 peniaga yang bersetuju menyertai program tersebut.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading