6f05f99b-fa04-45b7-a3bb-81731a0a212c

Kuala Lumpur – Zoo Negara sekali lagi berkolaborasi bersama dengan Adabi Consumer dan 99 Speed Mart untuk menjayakan program Ramadan memasak bubur lambuk.

Sebanyak 1,200 bubur lambuk dan 300 bubur jagung akan diagihkan secara berperingkat.

Program dengan tema ‘Sinar Ramadan – Kongsi Rezeki’ merupakan simbolik kepada ukhwah yang terjalin di antara Zoo Negara bersama pihak penaja melalui jaringan kerjasama dengan organisasi luar serta penglibatan mereka terhadap tanggungjawab sosial korporat.

“Selain itu, Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. telah menaja sebanyak RM100,000 pada tahun ini bagi Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara.

“Bagi menjayakan program tersebut, Chef daripada Adabi turut memperkenalkan resipi khas bagi penyediaan juadah bubur lambuk dan mengadakan sesi demonstrasi memasak bubur lambuk secara langsung serta berkongsi teknik-teknik sepanjang proses memasak,” katan Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.

Tambahnya, syarikat 99 Speed Mart Sdn. Bhd turut memberikan sumbangan sebanyak 1,200 biji telur masin yang melengkapkan lagi hidangan bubur lambuk sempena program yang bakal berlangsung.

Selain menjaga kebajikan hidupan liar, menurutnya, program yang saban tahun dianjurkan ini mencetuskan keunikan di Zoo Negara di mana ia mampu menggalakkan amalan berkongsi rezeki sambil menyatukan komuniti dalam semangat kerja bergotong-royong.

“Bubur lambuk yang telah siap dimasak akan diagihkan secara berperingkat kepada seluruh kakitangan yang bertugas, selain, akan diagihkan ke pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan, surau dan masjid yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara pada hari tersebut.

“Semoga sambutan Ramadan pada edisi kali ini menjalin ukhwah persaudaraan yang erat di kalangan warga kerja Zoo Negara serta rakan kolaborasi iaitu syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. dan 99 Speed Mart Sdn. Bhd.,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading