8cde539d-474b-46a9-9ff2-ccbf6c613012

Seperti yang dijanjikan pada reviu reaksi pertama kami untuk HONOR Magic6 Pro sebelum ini, kali ini kami muncul lagi dengan reviu penuh.

Sebelum ini kami katakan telefon pintar ini membuatkan ledakan adrenalin kerana fungsinya yang benar-benar Magic. Kali ini, kami akan kongsikan yang HONOR Magic6 Pro bukan sekadar Magic tetapi PADU teruk level maksimum!

Team Malaysianews TV memang puji habis HONOR Magic6 Pro ni.

Apa ada didalam kotak?

1) Telefon pintar Honor Magic6 Pro

2) Kabel USB C

3) Pengecas

4) Cover telefon

5) Pin

Apa lagi yang menarik tentang HONOR Magic6 Pro?

Kamera Falcon dan teknologi A+

Yang paling kami suka dengan HONOR Magic6 Pro ini adalah teknologi kameranya. Sebagai pengamal media, kamera yang mampu menghasilkan imej dan visual dengan tepat, warna padu dan mampu merakam imej bergerak dengan pantas adalah terbaik.

Kami telah mengujinya dan ternyata HONOR Magic6 Pro adalah juara.

Sistem tri-kamera masih dikekalkan pada generasi baharu dengan konfigurasi sensor yang berbeza. Ianya terdiri dengan gabungan lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 50MP dan telefoto 108MP. Sekali lagi tiada sensor 1-inci pada sensor sudut lebar, namun terdapat peningkatan ketara untuk sensor periskop telefoto sebesar 180MP dengan zum optikal sehingga 2.5X dan digital 100X. Hanya sensor ultra sudut lebar tidak dilengkapi OIS. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP dan sensor 3D ToF.

Pilihan tangkapan gambar pula boleh diambil pada nisbah 1:1, 4:3 dan penuh. Sekali lagi tiada format rakaman 8K sebaliknya hanya 4K/60fps maksimum, diikuti kelebihan mod skrin bernisbah 21:9 bagi mewujudkan rakaman seumpama filem.

Dilengkapi Kamera Falcon bagi menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi. Sistem kamera ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dan merupakan sistem yang lebih canggih dari generasi sebelumnya.

HONOR Magic6 Pro didatangi Sistem Kamera Tele-falcon 180MP hebat (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik manakala lensa swafoto 50MP dengan sensor TOF 3D.

Motion Sensing Capture

Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.

Reka bentuk egronomik

Honor Magic6 Pro menarik perhatian melalui reka bentuk yang dibina dengan baik. Memegang peranti juga terasa lebih padat serta berat berbanding sebelum ini. Tubuh peranti dilengkapi binaan berbeza yang termasuk kaca melengkung pada panel hadapan dan bingkai di bahagian sisi.

Panel hadapan tadi juga dilindungi lapisan kaca khusus NanoCrystal Shield yang dikatakan mempunyai sifat tahan lasak bertujuan melindungi skrin agar lebih tahan lama. Kemudiannya bingkai logam yang dibulatkan pula membuatkan peranti ini lagi selesa untuk dipegang.

Sementara itu panel belakang pula menggunakan bahan kulit berasaskan kulit kasar. Kemasan jugafbih premium.

Disebabkan bahagian belakang yang bertekstur juga menjadikan peranti tidak terlalu licin untuk dipegang meskipun tanpa kerangka. Apa-apapun masih bergantung pada minat masing-masing kerana ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Bahagian belakang turut menempatkan bonggol kamera yang besar dengan tiga kamera utama. Susunan sensor tetap sama dengan Magic5 Pro, cuma saiz sensor telefoto di bahagian telah diperbesarkan. Kemudian Honor juga menggabungkan elemen bulatan dan empat segi melalui bonggol kamera ini.

Sisi kanan menempatkan butang kuasa dan audio yang diperbuat daripada logam. Diikuti pula dengan port pengecas, ruang slot SIM dan pembesar suara di bahagian bawah. Tiada ruang slot SIM disediakan namun memori tadi boleh dikembangkan secara maya sehingga 8GB RAM melalui fungsi RAM Turbo.

Kemudian pembesar suara pula sejenis stereo yang menyokong teknologi DTS Ultra-X. Honor juga menempatkan pemancar merah di bahagian atas bersama sebuah lagi pembesar suara dan lubang mikrofon. Pada masa sama peranti juga melepasi penarafan IP68 yang bermakna kalis air dan habuk.

Tiada bicu audio 3.5mm disediakan yang memerlukan pengguna bergantung sepenuhnya pada fon telinga nirwayar.

Fungsi NFC juga boleh digunakan pada peranti untuk pelbagai tujuan termasuk pembayaran digital tanpa sentuh. Dalam masa sama kami menyambut baik sokongan pengimbas cap jari di skrin dan imbasan wajah 3D yang berfungsi dengan lancar sekali. Kedua-dua sistem biometri tersebut mampu mengimbas dengan pantas dan lancar tanpa isu kegagalan yang ditemui untuk cubaan setakat ini.

Bateri nipis tapi tahan lama

Bateri 5,600mAh adalah lebih besar berbanding 5,100mAh yang digunakan pada Magic5 Pro. Apa yang menariknya di sini adalah ianya sejenis silikon-karbon yang dinaik taraf dengan kemampuan lebih baik dalam pelbagai keadaan. Peningkatan seterusnya sudah tentulah pada sistem pengecasan yang kini menyokong sehingga 80W untuk berwayar dan nirwayar 66W. Kepala pengecas disediakan menyokong kuasa sehingga 100W.

Perisian MagicOS 8.0

Perisian terkini MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 dilihat mampu meningkatkan kepuasan pengguna sewaktu menggunakan peranti. Sepintas lalu nampak dengan jelas antaramuka MagicUI baharu ini tiada bezanya dengan iterasi sebelum, namun sebenarnya ia dibina bersama model AI untuk sejumlah ciri baharu.

Antaranya seperti Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag dan drop sahaja. Digabungkan dengan Magic Ring, ia boleh menawarkan pengalaman yang lancar merentasi peranti berbeza termasuk tablet, komputer riba dan banyak lagi. Kemudian ciri Magic Capsules yang berfungsi seperti Dynamic Island untuk pemberitahuan asas.

Nafas baharu dengan kustomasi pada skrin kunci lebih pelbagai, dan mod paparan maklumat ketika dicas. Peranti itu juga memperoleh tangga pertama dalam pengujian peranti DXOMark dengan skor 157 markah.

Cip Snapdragon 8 Gen 3

Honor Magic6 Pro menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama memori 12GB LPDDR5X RAM dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Gabungan cip pemproses berkuasa dan memori besar bermakna prestasi yang baik juga boleh diharapkan melaluinya.

Tatalan terasa lancar dengan skrin 120Hz diaktifkan, dalam masa sama aplikasi boleh dibuka serta merta tanpa kegagalan program. Seperti yang dimaklumkan peranti menyokong penambahan RAM secara maya 8GB melalui fungsi RAM Turbo

Spesifikasi

Honor Magic6 Pro
Skrin6.8″ LTPO OLED
WQHD+, 120Hz
HDR10+, Dolby Vision
Kecerahan puncak 5000nits
PemprosesSnapdragon 8 Gen 3 (4nm)
Cip1×3.3 GHz Cortex-X4
3×3.2 GHz Cortex-A720
2×3.0 GHz Cortex-A720
2×2.3 GHz Cortex-A520
Cip GrafikAdreno 750
RAM12GB LPDDR5X
Muatan Dalaman512GB UFS 4.0
Kamera Utama50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.0 (Ultra Sudut Lebar)
180MP f/3.0 OIS (Periskop Telefoto)
Optikal 2.5X, digital 100X
Kamera Swafoto50 MP, f/2.0,
3D ToF
Bateri5,600 mAh
Pengecasan berwayar 80W
Pengecasan nirwayar 66W
SIM/TelefoniDwi SIM nano / 5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanPengimbas Cap Jari Skrin
Imbasan Wajah
Harga JualanRM4,499

Kesimpulan

Secara menyeluruh, kami memang menyukai telefon pintar ini. Malaysianews TV juga mencadangkan kepada anda untuk menggunakan HONOR Magic6 Pro ini dan rasai sendiri kehebatannya.

Kami berikan empat bintang kepada telefon pintar ini.

Lagi gambar dibawah yang disnap dengan kehebatan kamera HONOR Magic6 Pro.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading