Kuala Lumpur – Menyedari ramai yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup dan kekangan dalam membuat persiapan hari raya, jenama kecantikan Noir bakal menyumabangkan 1000 pasang pakaian Sabella bagi golongan yang memerlukan.
Pengasas Noir, Eriyca Baiduri atau mesra disapa Madammu mengumumkan perkara berkenaan ketika mengerjakan umra di tanah suci baru-baru ini.
“Saya lihat ramai yang masih belum membuat persiapan raya dan ada yang tidak mampu membeli pakaian baru.
“Dengan itu, saya berbesar hati untuk menyumbangkan 1000 pasang baju Sabella kepada para wanita yang benar-benar memerlukan” katanya dalam video secara langsung yang disiarkan dalam saluran media sosial rasmi Noir.
Jelasnya lagi, serahan 1000 pasang baju Sabella tersebut akan diadakan di ibu pejabat Sabella, Gombak pada 30 Mac ini jam 10 pagi.
“Saya berharap kepada yang memerlukan untuk hadir sendiri di Sabella Gombak tetapi sebelum itu saya mohon maaf jika ada yang minta untuk diposkan, pihak kami tidak dapat penuhi kerana risau pakaian ini tidak sampai tepat waktunya” ujarnya lagi.
Madammu juga memaklumkan akan hadir ke Sabella cawangan Gombak pada hari ini bagi melihat sendiri koleksi baju yang akan disumbangkan nanti.
Niat murni ni bertujuan bagi menceriakan golongan kurang berkemampuan meraikan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
