Gombak – Menyedari ramai yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup dan kekangan dalam membuat persiapan hari raya, jenama kecantikan Noir bakal menyumabangkan 1000 pasang pakaian Sabella bagi golongan yang memerlukan.
Pengasas Noir, Eriyca Baiduri atau mesra disapa Madammu berkata, inisiatif itu tercetus semasa dia dan suaminya berada di Makkah, baru-baru ini.
“Semasa berada di sana (Makkah), saya ada melihat keluhan ramai orang yang tidak mampu membeli baju raya.
“Bermula dari situ, saya menghubungi pengasas Sabella, (Siti Fatimah Abdul Samat) yang juga sahabat saya untuk berkolaborasi dengannya bagi mendapatkan baju kurung untuk diberikan secara percuma.

“Malah, Siti (Fatimah) juga mengambil inisiatif memberikan baju kurung itu pada harga berpatutan kerana dia juga mahu menyumbang dalam program ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemberian 1,000 Pasang Baju Raya di Ibu Pejabat Sabella di Batu Caves, di sini, hari ini.
Madammu berkata, pemberian baju raya itu dilakukan secara terbuka dengan setiap individu yang datang ke Ibu Pejabat Sabella pada hari ini boleh mengambil pakaian berkenaan.

“Kita percaya mereka yang datang ke sini hari ini adalah individu yang memerlukan. Jadi, mereka boleh ambil sepasang baju raya setiap seorang.
Madammu berharap usaha murni itu juga dapat diperluaskan tahun hadapan dengan memberi bantuan pakaian lelaki dan kanak-kanak juga.

Semoga saya datap tersumbang juga.
😀