MTXX_PT20240413_033438669

Seperti yang dijanjikan pada reviu reaksi pertama kami untuk Samsung Galaxy A55 5G sebelum ini, kali ini kami muncul lagi dengan reviu penuh.

Sebelum ini kami katakan telefon pintar ini adalah sebuah gajet sederhana namun premium, dan kali ini kami kongsikan kepada pembaca apakah level premium yang dimaksudkan. Kali ini, kami akan kongsikan yang Samsung Galaxy A55 5G bukan sekadar premium tetapi hebat!

Team Malaysianews TV dah uji dan bersetuju Samsung Galaxy A55 ini terbaik sesuai mengikut kelasnya sendiri.

Apa ada didalam kotak?

1) Telefon pintar Samsung Galaxy A55 5G

2) Kabel USB C

3) Pin

Apa lagi yang menarik tentang Samsung Galaxy A55?

Yang paling kami suka dengan Samsung Galaxy A55 ini adalah reka bentuknya seperti telefon pintar mewah namun berada dalam segmen pertengahan dan popular di kalangan pengguna konvensional bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Reka bentuk kelas A

Samsung Galaxy A55 hadir dengan saiz kotak yang lebih kurang sama dengan peranti siri A terdahulu dan juga S24 yang dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Ia hadir dengan kotak tidaklah terlalu tebal dan semestinya kerana tidak disertakan bersama dengan palam pengecas.

Sejujurnya dari segi rekaan, Samsung Galaxy A55 tidaklah kelihatan terlalu berbeza dengan siri terdahulunya, Galaxy A54. Namun apabila dilihat dengan lebih teliti anda akan perasan dua perkara penting iaitu dari segi saiz dan badannya.

Galaxy A55 hadir sedikit lebih besar kerana skrinnya pada kali ini lebih besar. Kali ini ia hadir sedikit lebih besar daripada pendahulunya kerana paparan juga telah menjadi lebih besar iaitu dengan paparan 6.6 inci Full HD + Super AMOLED dengan 120Hz refresh rate.

Kualiti binaannya juga agak berbeza apabila hadir dengan aluminium menjadikannya terasa lebih kukuh dan terasa lebih premium.

Ia juga lebih selesa untuk dipegang, hasil reka bentuk Key Island pada sisinya. Manakala di bahagian belakang pula ia hadir dengan kemasan kaca Gorilla Glass yang sedikit sebanyak memberikan estetika gaya namun masih mementingkan faktor ketahanannya.

Kamera biasa dan OK!

Samsung Galaxy A55 menggunakan konfigurasi kamera 50+12+5 Megapixel dengan kamera swafoto 32 Megapixel. Kemampuan kamera pada peranti ini adalah sederhana sahaja tetapi pasca-proses setiap gambar adalah lebih pantas berbanding Nothing Phone (2a). Warna pada saya baik, cuma ia tidak ia tidak cukup menyerlah dan fokus yang lambat sedikit.

Rakaman video pada peranti ini agak lemah. Hasil warna yang nampak baik tetapi ada masalah fokus dan audio yang dirakam pecah-pecah seakan ada gangguan statik. Satu perkara bonus yang saya suka adalah penuras Snapchat sedia terbina terus dalam aplikasi kamera.

Bercakap tentang optimasi, aplikasi kamera pada telefon pintar ini mengalami senggukan apabila menukar tahap zum ketika rakaman sedang dilakukan. Hal ini tidak wajar berlaku mengambil kira spesifikasi dan prestasinya dari sudut lain yang baik. Diharapkan Samsung akan melakukan optimasi pada aplikasi terbabit menerusi kemaskini yang akan datang.

Spesifikasi asas

Galaxy A55 dikuasakan oleh Exynos 1480 yang baru, sebuah SoC 4nm yang merupakan peningkatan kecil dari Exynos 1380 dari segi kuasa CPU tetapi peningkatan yang ketara dalam GPU kerana kini menggunakan GPU Xclipse 530 berasaskan AMD RDNA 2.

Peranti pintar ini dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang agak baik dan dikatakan mampu bertahan sekurang-kurangnya sepanjang hari.

Ia juga menyokong kelajuan pengecasan sehingga 25W, di mana jika dibandingkan dengan standard hari ini, bolehlah dikatakan agak memuaskan. Untuk mengetahui bagaimana prestasi baterinya.

Salah satu perkara yang cukup diangkat oleh Samsung menerusi peranti terbaru mereka kali ini ialah penambahan Samsung Knox Vault yang menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap serangan perangkat keras dan lunak dengan membangun lingkungan eksekusi yang aman yang secara fisik terisolasi dari prosesor utama sistem dan memori.

Secara tak langsung menjaga keselamatan anda apabila melayari web, email dan menggunakan aplikasi.

Apa itu Samsung Knox Vault?

Samsung Knox Vault juga memastikan data peribadi kritikal seperti kata laluan tetap aman dan tidak dapat diakses oleh pengguna yang tidak ada akses di telefon anda dalam folder yang aman untuk ketenangan anda di masa akan datang.

Berikut adalah ciri Knox Vault yang Samsung ingin tekankan pada Samsung Galaxy A55;

  • Perlindungan berasaskan TEE, TrustZone.
  • Kata laluan, biometri dan kunci kriptografi dalam peranti diuruskan oleh sistem operasi tersendiri bukan Android.
  • Perlindungan pengguna dari cip pemproses ke dalam peranti sehinggalah ke awanan.
  • Satu-satunya barisan peranti kelas pertengahan dengan sistem sekuriti paling ketat.

Ciri dan fungsi lain One UI 6.1 pada peranti ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan One UI 6.1 pada peranti Samsung lain. Malah Knox Vault pun adalah ciri sekuriti yang sudah lama ada cuma diberi nama pemasaran baharu. Dalam penggunaan saya Galaxy A55 adalah cukup pantas, lancar dan langsung tiada masalah lengah masa yang serius setakat beberapa minggu penggunaan. Exynos 1480 benar-benar mencabar cip pemprosesan peranti kelas pertengahan lain dan MediaTek harus berhati-hati dengan kebangkitan Exynos.

Perisian

Samsung Galaxy A55 dikuasakan oleh pemproses CPU Exynos 1480 dengan storan 256GB, 12GB RAM. Peranti ini juga mempunyai skrin 6.6-inci Super AMOLED. Ia mempunyai kamera belakang Triple: 50 MP, f/1.8, (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, OIS + 12 MP, f/2.2, 123Ëš (ultrawide), 1/3.06″, 1.12µm + 5 MP, f/2.4, (macro)MP dan menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA, LTE dan 5G. Ia juga dilengkapi dengan 5000 mAh dengan ketebalan peranti 8.2 mm, seberat 213g, dan menggunakan Android 14, One UI 6.1.

Kuasa Bateri

Bateri peranti boleh bertahan pada jangka masa yang cukup panjang. Penggunaan ringan pada Galaxy A55 membawa kepada 6-7 jam SOT, sementara penggunaan berat tiada masalah bertahan sehingga 8 jam SOT.

Peranti ini adalah pengecasan terhad kepada 25W, wajar Samsung tingkat kualiti pengecasan bagi meletakkan gajet mereka sebaris telefon pintar kelas atasan.

Kualiti Audio

Speaker pada peranti ini adalah sederhana. Ia seimbang, mempunyai bass yang baik dan pengalaman penggunaan yang boleh diterima. Satu keluhan saya hanyalah, speaker Galaxy A55 tidak cukup kuat membuatkan saya kerap menggunakan tahap 75% berbanding peranti lain dalam kelas sama sekitar 45% sudah memadai.

Carta Spesifikasi

Spesifikasi Samsung Galaxy A55
Dilancarkan
Release StatusRelease 2024, Mar 19
Prestasi
CPUOcta-core (4×2.75 GHz Cortex-A78 & 4×2.0 GHz Cortex-A55)
ChipsetExynos 1480
Memory256GB, 12GB RAM
Card SlotmicroSDXC (uses shared SIM slot)
Battery5000 mAh, non-removable battery
25W wired
OSAndroid 14, One UI 6.1
Skrin
Display TypeSuper AMOLED, 120Hz, HDR10+, 1000 nits (HBM)
Display Size6.6 inches, 106.9 cm2 (~85.8% screen-to-body ratio)
1080 x 2340 pixels, 19.5:9 ratio (~390 ppi density)
Display FeaturesCorning Gorilla Glass Victus+
Always-on display
Badan
Body Dimension161.1 x 77.4 x 8.2 mm
Body Weight213g
Body TypeGlass front (Gorilla Glass Victus+), glass back (Gorilla Glass), aluminum frame
IP67 dust/water resistant (up to 1m for 30 min)
ColorsAwesome IceBlue, Awesome Lilac and Awesome Navy
Kamera
Rear CameraTriple: 50 MP, f/1.8, (wide), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, OIS + 12 MP, f/2.2, 123Ëš (ultrawide), 1/3.06″, 1.12µm + 5 MP, f/2.4, (macro)
Front Camera32 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/2.74″, 0.8µm
Video4K@30fps, 1080p@30/60fps, gyro-EIS
Selfie: 4K@30fps, 1080p@30/60fps
Camera FeaturesLED flash, panorama, HDR
Komunikasi
Sim CardSingle SIM (Nano-SIM, eSIM) or Hybrid Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Data SpeedHSPA, LTE, 5G
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6, dual-band, Wi-Fi Direct
Bluetooth5.3, A2DP, LE
NFCYes (market/region dependent)
USBUSB Type-C 2.0, OTG
Sensor
SensorFingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, compass, barometer (USA only)
Virtual proximity sensing
GPSGPS, GALILEO, GLONASS, BDS, QZSS
Audio
Loud SpeakerYes, with stereo speakers
3.5mm JackNo

Harga dan Warna

Samsung Galaxy A55 5G yang baru diperkenalkan di pasaran negara ini ditawarkan pada harga RM1,999 untuk 12GB RAM/256GB storan dalam tiga warna menarik iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Kesimpulan

Sesuai dengan kehadirannya dalam segmen pertengahan dan harga berbaloi yang ditawarkan, Samsung Galaxy A55 ini sesuai untuk dimiliki.

Namun, bagi penggunaan lasak kurang digalakkan kerana badannya yang licin memudahkannya tergelicir dari pegangan tangan.

Walaubagaimanapun, kelebihan Samsung Galaxy A55 adalah daripada segi penawaran perisian, kemaskini dan sekuriti – yang masih sukar dicapai oleh pelbagai pengeluar peranti lain di pasaran. Khidmat selepas jualan Samsung juga jauh lebih baik berbanding yang lain di pasaran.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading