IMG_20240406_001856_949

Bangi – Elrah Exclusive meraikan lebih 35 orang pengamal media dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di restoran Ketam Viral disini malam tadi.

Pengasasnya, El Azman atau nama sebenar Mohd Hilmi Che Azman berkata, majlis itu bagi menyantuni para pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada perniagaannya sejak dimulakan.

“Saya sentiasa menghargai semua pengamal media, tanpa mereka siapalah Elrah pada hari ini” katanya.

Beliau turut menambah, tahun ini Elrah Exclusive berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus dan mencecah hampir RM200 juta setakat semalam.

Katanya, jumlah keseluruhan jualan pada tahun ini masih belum dimuktamadkan susulan berbaki beberapa hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri.

“Tahun ini perniagaan kita memang memberangsangkan daripada segi kita punya duta, pemasaran boleh dikatakan meningkat sebanyak 15 peratus itu yang saya rasa sangat-sangat bersyukur untuk tahun ini.

“Dia tidak sampai RM200 juta tapi lebih kurang sebab ada berbaki beberapa hari lagi dan kita pun tidak tahu jumlah keseluruhan jualan sebab kita juga menjual di Singapura, Thailand juga,” katanya.

El Azman turut menambah bakal mengeluarkan produk pakaian wanita pada tahun hadapan dan telah menyenarai artis dan pempengaruh media sosial sebagai wajah baru perningaanya itu nanti.

“Ramai yang meminta koleksi pakaian wanita dari saiz XS sehingga 5XL namun saya perlu meneliti cadangan ini kerana perlu melihat permintaan pasaran pada waktu itu.

“Elrah Exclusive terkenal dengan pakaian baju melayu lengkap untuk lelaki dan untuk melebarkan sayap kepada pakaian wanita perlu penelitian sempurna” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading