FB_IMG_1714133795449

Kajang – Yayasan Koreksional Malaysia (YKM) ditubuhkan bagi melaksanakan program pemulihan banduan secara holistik dilihat sebagai satu usaha baik dalam memberi kehidupan baru kepada penghuni penjara.

Bukan sahaja penghuni penjara, usaha penubuhan ini memberi impak positif kepada bekas banduan mahupun Orang Bebas Berlesen (OBB).

Exco Yayasan Koreksional Malaysia, Wan Ramzan Wan Ahmad berkata, YKM memberikan penekanan terhadap hukuman yang dijalankan agar banduan pulih sepenuhnya dan akan menjadi insan berguna serta tidak mengulangi kesalahan apabila mereka dibebaskan kelak.

“Yayasan Koreksional itu kelak akan bertujuan untuk memperuntukkan hasil jualan produk yang dihasilkan banduan bagi progam pemulihan tersebut.

“Jabatan Penjara turut mencatatkan penjimatan yang besar hasil daripada keluaran sara diri daripada banduan seperti pembekalan roti, penternakan ikan air tawar, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jelasnya, antara pencapaian terbaik yang dibawa oleh Jabatan Penjara adalah mengangkat seni tenunan Pahang Diraja ke peringkat antarabangsa dan mendapat pengiktirafan oleh  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Exco Yayasan Koreksional Malaysia, Wan Ramzan Wan Ahmad

“Tunku Azizah, yang juga Penaung Diraja bagi Seni dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia, meminati keindahan tenunan warga penjara yang turut menarik perhatian pelbagai individu termasuk ketika ia dipamerkan sempena Minggu Kraf London pada tahun 2023 sehingga terdapat permintaan daripada Jabatan Penjara Singapura, Filipina dan Jepun untuk berkongsi ilmu seni tekstil Malaysia” ujarnya dalam sidang media semasa majlis Rumah Terbuka Yayasan Koreksional Malaysia disini hari ini.

Tambahnya, Yayasan ini akan membantu Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan program pemulihan secara holistik yang dilihat mampu memberi manfaat besar kepada banduan apabila melangkah keluar dari penjara kelak.

Disamping itu, ini juga merupakan satu usaha terbaik bagi mengurangkan kebergantungan sektor perindustrian terhadap tenaga kerja buruh asing di Malaysia.

Antara sektor latihan yang ditekankan di penjara antaranya, pertukangan, pertanian, jahitan, masakan, penternakan dan sebagainya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading