ILLUMI RAYA-KARDINAL20

Ampang – Bagi mengurangkan ketagihan merokok dan penggunaan nikotin, Kardinal Industries (M) Sdn. Bhd. kini menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok dengan pengenalan produk terbaharunya dikenali Lumina.

Pengarah Operasinya, Erwin Teow berkata, ini kerana produk rokok elektronik itu mengandungi jumlah nikotin yang dapat dikawal apabila diambil setiap hari di mana secara perlahan dapat mengurangkan ketagihan perokok.

Lumina, koleksi keluaran kesembilan dari Kardinal ini menampilkan peranti ‘closed-pod’ dengan teknologi terbaru iaitu ‘ceramic mesh coil’ yang mampu menghasilkan pengeluaran asap yang lebih banyak, memberi kualiti perisa yang lebih baik dan jangka hayat bateri yang lebih panjang berbanding produk vape yang lain.
 
“Kardinal bermula pada tahun 2017 ketika itu pengeluaran utamanya hanya tertumpu kepada pengeluaran e-liquid iaitu cecair perisa untuk peranti vape.

“Sebelum ini penjualan produk kami lebih tertumpu kepada pasaran luar seperti Amerika Syarikat, Brazil, Afrika Selatan, Jepun dan beberapa negara lagi, tetapi bermula tahun lepas, kami mula memberi fokus kepada pasaran tempatan”, katanya.

Jelasnya, pihaknya komited untuk memberikan pengalaman yang berbeza buat tetamu yang hadir dengan menggabungkan elemen seni, teknologi dan budaya pada satu masa yang sama.

“Visi kami untuk membantu seberapa ramai perokok untuk berhenti merokok dan vape merupakan salah satu peringkat untuk sampai ke matlamat tersebut. Kami membantu turunkan penggunaan nikotin harian dan harap-harap mereka boleh gunakan sehingga kosong gram nikotin,” katanya.

Dalam pada itu, Erwin turut menyangkal dakwaan vape menjadi penyebab utama kepada penyakit kronik kepada pengguna. Jelasnya apa yang berlaku merupakan salah faham dan kurangnya kesedaran masyarakat akan isu yang diperbincangkan.

“Ia merupakan kenyataan yang tidak benar dan menimbulkan persepsi yang salah. Apa yang disebutkan ialah E-cigarette atau Vaping Use-Associated Lung Injury (EVALI) di mana ia dari pasaran gelap yang berkait dengan minyak ganja. Ia merupakan produk yang dieksperimen oleh pengguna menggunakan bahan campuran sendiri.

Mengulas lanjut, Teow bagaimanapun mengakui  tiada tempoh waktu yang tepat diambil untuk perokok untuk berhenti merokok kerana setiap individu memiliki sikap berbeza.

Ini kerana katanya, perokok terdiri daripada golongan tegar dan sekadar bersosial namun menyasarkan tempoh tiga bulan bagi seseorang berhenti merokok dan ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Terdahulu, Rumah Terbuka IllumiRaya yang berlangsung turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Amy Search, Lunadira, Midnight Fusic, Gard Wuzgut, Kicau-Bilau dan Jemput Dengar.

Peranti Lumina boleh didapati pada harga RM75 manakala pod KSpod Lumina (2.5ml) pada harga RM14 dengan lebih 30 pilihan perisa unik.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading