Kuala Lumpur – Sebagai pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd tidak terlepas daripada fitnah dan kecaman segelintir pihak sehingga ada yang melabel syarikat berkenaan sebagai ‘scammer’ ekoran menawarkan pakej umrah pada harga yang sangat berpatutan.
Pengarah Urusan In Saff Travel & Tours Sdn Bhd, Mohd Fahmi Mohd Nawi berkata, tahun ini In Saff Travel & Tours tampil dengan pakej umrah serendah RM4,970.
Katanya, walaupun kedengaran tidak masuk akal untuk menawarkan pakej umrah dengan harga berkenaan, In Saff Travel & Tours terus komited untuk memberi peluang kepada semua orang menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan Raudah.
Jelas beliau, pakej tersebut tidak termasuk dengan makanan dan minuman serta bagasi, namun kemudahan lain seperti bimbingan daripada mutawif disediakan.

“Inilah antara peluang untuk mereka menunaikan umrah dengan selesa dan ruang masa yang tidak lama,” katanya.
Menurutnya lagi, kejayaan membawa jemaah bermula hari ini dan esok menafikan tuduhan yang apabila digelar scammer ekoran menawarkan pakej umrah pada harga yang sangat murah.
“Tuduhan itu tidak memberi sebarang kesan negatif kepada kami untuk terus beroperasi sehingga kini walaupun keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti syarikat yang telah mula beroperasi pada 1 Disember 2014 sedikit tercalar.
“Ini kerana sebelum ini, trip pertama menerusi pakej sama telah pun selamat berlepas pada hujung Februari dengan menaiki Arabia Airline
“Malah tahun lalu, In Saff telah berjaya menerbangkan lebih 9,000 jemaah umrah yang mana 80 peratus daripada pelanggan mengambil pakej umrah ekonomi yang ditawarkan pada harga bermula RM8,670 selama 12 hari 10 malam,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Fahmi menambah, selain Puteri Sarah, In Saff Travel turut menjadi pilihan ramai selebriti sebelum ini untuk menunaikan umrah antaranya Emma Maembong, Dayan Trisha, Wan Sharmila dan Kuza.
Tegas beliau, apa yang penting perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan berkualiti tanpa mengira mana-mana status jemaah.

“Bersesuaian dengan tagline syarikat iaitu Insafi Nurani Santuni Rohani telah membuatkan kami sentiasa meletakkan keutamaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan dalam masa yang sama menyatuni jemaah yang berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah.
“Pada masa sama, syarikat ingin memfokuskan kepada tawaran pakej umrah pada harga sederhana dan juga murah itu bukan menjadikan faktor kewangan sebagai taruhan utama misi perniagaannya tetapi mahu mempermudahkan lagi urusan jemaah untuk menunaikan umrah di Tanah Suci,” katanya.
Mengenai harga yang terlalu murah itu boleh memberi kesan kepada pemain pasaran yang menawarkan pakej yang berpatutan, Mohd. Fahmi berkata, harga murah sedemikian tidak akan meninggalkan impak negatif kepada pasaran.
Tahun ini, In Saff Travel & Tours menyasarkan untuk menerbangkan lebih daripada 10,000 jemaah umrah menerusi pelbagai pakej, daripada pakej bajet hingga ke pakej umrah premium termasuk pakej Clock Tower.
Syarikat yang kini memiliki 31 cawangan itu diasaskan oleh tiga lagi anak muda yang merupakan lepasan pelajar ummul qura universiti di Mekah iaitu Aswadi Ali, Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed dan Falaahuddin Ahmad Jasni.
