MTXX_PT20240505_100033845

Subang Jaya – KTM Malaysia baru sahaja melancarkan 4 model baharu motorsikal berkuasa tinggi KTM Duke siri ‘Naked’ sempena ulang tahun yang ke-30 jenama keluaran Austria ini.

Antara empat model Duke tersebut antaranya, KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390 yang menyasarkan jualan lebih 100 unit sebulan bagi pasaran Malaysia.

Sejak tiga dekad lalu, motosikal KTM DUKE telah diraikan kerana ciri-ciri menarik, reka bentuk yang kemas dan piawaian keselamatan yang ketat. Siri motosikal ini memberi kuasa kepada penunggang untuk mengharungi jalan raya dan mengatasi halangan dengan yakin.

Siri terbaru ini juga memberikan penunggang pengalaman yang luar biasa di setiap selekoh. Lebih-lebih lagi, KTM konsisten memperkenalkan inovasi berani untuk memenuhi permintaan pasaran yang berkembang dan mengekalkan kelebihan daya saing.

Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, sambutan ulang tahun ke-30 KTM Duke mengiktiraf pencapaian syarikat dan memberi satu kepuasan menunggang motorsikal yang tidak dapat dilupakan.

“Generasi terbaru ini bakal teruja dengan deruman enjin dan warna metalik oren sambil membawa siri ‘naked’ yang menunjukkan kualiti enjin Duke kami.

“Sebagaimana pengalaman penunggangan model KTM Duke yang  sedia ada dalam pasaran, KTM Duke menjanjikan kepada pengemar motosikal berkuasa tinggi itu dan model Duke terbaru ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya.

“Setiap keluaran motosikal KTM Duke, kami menggabungkan penampilan yang sedap mata memandang  dengan reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya.

“Kami sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang dan mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama  Duke,” katanya.

Dengan tagline ‘No Bullshit’ KTM DUKE menekankan motif keaslian dan memori penunggangan yang berfungsi sebagai peringatan untuk prestasi hebat motosikal rangkaian Naked.

Jelasnya lagi, bagi KTM 250 DUKE dan KTM 390 DUKE, model ini didatangkan dengan Quickshifter yang terbina pada legasi siri terdahulu yang meletakkan motosikal baharu ini berprestasi tinggi.

“Keupayaan dan pergerakan jalan yang lancar dengan komponen enjin yang tiada tandingannya, direka bentuk berdasarkan kejayaan model terdahulu, dan kami yakin motosikal ini akan menghasilkan kepuasan maksima bagi peminat motosikal berkuasa tinggi”.” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan satu lagi tambahan kepada barisan pelancaran ialah model KTM 790 DUKE, yang akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini. Dengan pengeluarannya kini di China untuk memenuhi pasaran Asia, model ini akan hadir dengan ciri yang diubah suai dan harga yang lebih menarik.

Tagline always No Bull Shit
Hashtag: #KTMDUKEDAY #KTMMALAYSIA #NoBullShit #KTM

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading