Kuala Lumpur – Selepas kurang dari sebulan filem Sheriff yang sedang hangat ditayangkan di seluruh pawagam tanah air, Astro Shaw bakal menampilkan satu lagi karya hebat menerusi filem The Experts.
Filem yang penuh aksi ini diterbitkan oleh penerbit filem Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures. The Experts bakal ditayangkan bermula 23 Mei di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.
Filem The Experts yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar ini menampilkan kisah fiksyen tentang satu rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata yang menjanjikan pengalaman yang luar biasa dari segi sinematiknya dengan kualiti filem produksi yang bertaraf antarabangsa. Filem ini juga menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’ dan menguatkan jalan cerita dengan elemen kekeluargaan dan humor sesuai dengan citarasa penonton tempatan.

Filem arahan pengarah terkenal blockbuster Polis Evo 2 dan Polis Evo 3 Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2 : J Retribusi ini turut pertama kali menggandingkan bintang-bintang hebat tanah air iaitu Datok Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak. Selain itu The Experts turut menonjolkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Maya Karin, Tony Eusoff, Michael Ang dan Wan Hanafi Su.

Saksikan filem The Experts ini di pawagam tanah air bermula 23 Mei hadapan. Penonton boleh membeli tiket seawal 17 Mei untuk memjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 21 Mei mulai 6.00 petang iaitu dua hari sebelum tarikh tayangan rasmi filem ini.
