IMG_20240530_110613_392

Petaling Jaya – Jenama pengeluar pembuatan kelengkapan pakaian ibadah, Siti Khadijah berkolaborasi bersama jenama fesyen terkemuka Indonesia, Buttonscarves dalam melancarkan telekung siri Buttonscarves x Siti Khadijah.

Telekung fabrik yang berkualiti ‘ultra fine’ diperincikan lagi dengan sulaman lace bermotifkan logo Buttonscarves. Reka bentuk ini dapat memberikan rasa ketenangan dan keselesaan semasa solat.

Diperbuat daripada fabrik yang diperincikan dengan perlindungan UV, ia memastikan pengguna lebih selesa dan menjadi pilihan ideal untuk menunaikan kewajiban lima waktu dan semasa menunaikan umrah dan haji.

Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman berkata ini merupakan kolaborasi terbesar bersama satu jenama terkenal.

“Kolaborasi ini merupakan satu titik permulaan bagi Siti Khadijah dan saya mengharapkan akan adanya kolaborasi lain bersama Buttonscarves di masa hadapan.

“Ini merupakan kolaborasi branding, dimana telekung dihasilkan dengan elemen renda logo Buttonscarves, ia mengambil masa lebih kurang setahun untuk proses ‘re-do’ bagi menjaga kualiti yang akan dikeluarkan.

“Telekung ini dihasilkan di kilang kami di Malaysia manakala bagi pengeluaran di Indonesia dihasilkan oleh kilang disana” katanya ketika sidang media selepas majlis pelancaran di Butik Buttonscarves, One Utama.

Pengasas dan Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea menambah, telekung siri ini mempunyai empat warna antaranya putih, hijau muda, merah jambu dan hitam.

“Ada 4 warna kesemuanya dan siri ini dihasilkan lebih 5000 pasang bagi pasaran Malaysia dan Indonesia”.

“Bagi siri ini, tiada tambahan pengeluaran jika habis terjual namun kita berharap dengan sokongan BS Lady dan Family SK, akan ada lagi pengeluaran baru dengan renda dan reka bentuk yang lain” jelasnya.

Kolaborasi dua jenama ini dilihat mampu meningkatkan ekonomi dua buah negara berjiran terutama dalam industri fesyen muslimah.

Padzilah menambah, jenama Siti Khadijah di Indonesia masih baru dan dengan kolaborasi ini diharap ia mampu meningkatkan produknya di pasaran negara jiran tersebut.

“Dengan kolaborasi ini, saya nampak ada masa hadapan jenama ini disana dan impak positif bagi Siti Khadijah, Insya Allah” ujarnya lagi.

Telekung siri Buttonscarves x Siti Khadijah ini boleh didapati di semua Butik Buttonscarves dan Butik Siti Khadijah yang terpilih. Selain itu, telekung siri ini boleh didapati melalui platform atas talian www.sitikhadijah.com. Harga yang ditawarkan ialah RM468 berserta beg ‘pouch’ dan kotak eksklusif.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading