KUALA LUMPUR – Jenama produk elektronik global, TCL hari ini mengumumkan kerjasama dengan Lazada untuk melancarkan dua model televisyen eksklusif iaitu TCL QLED Google TV T7B dan TCL 4K UHD Google TV V6B.
Kerjasama strategik ini adalah sebagai penanda aras bagi TCL dalam mengukuhkan komitmennya dengan inovatif produk elektronik kepada pengguna.
Bagi mereka yang mencari pengalaman hiburan interaktif di rumah yang lebih premium, TCL QLED TV T7B menawarkan nilai yang luar biasa. Tersedia dalam saiz 55″, 65″, 75″, dan 85″ dengan tawaran harga bermula dari RM1,899. Model ini memanfaatkan teknologi Quantum Dot yang canggih dengan prestasi warna yang luar biasa.
Teknologi ini menghasilkan lebih satu bilion tona warna di skrin TV dan memastikan setiap imej dipaparkan dengan ketepatan dan keceriaan yang menakjubkan.

T7B direka untuk mengekalkan kecerahan optimum dan kejelasan gambar walaupun dalam persekitaran yang terang. Selain itu, ia juga menggabungkan teknologi HDR10+, yang meningkatkan julat dinamik yang tinggi, memberikan kontras yang unggul, warna tepat yang terang dan perincian yang terperinci dalam setiap siaran.
Sama ada menonton filem HDR, sukan atau bermain permainan, T7B menjanjikan pengalaman visual yang mengasyikkan dan menarik.
TCL V6B 4K UHD Google TV pula ialah skrin TV terbaik bagi peminat hiburan interaktif di rumah. Tersedia dalam empat saiz iaitu 50″, 55″, 65″, dan 75″ dengan harga bermula dari RM1,299.

V6B menggabungkan ciri estetika dengan teknologi terkini. Ia menampilkan antara paparan Google TV terkini, menyediakan pengguna dengan platform lebih lancar untuk mengakses pelbagai kandungan penstriman, skrin peribadi dan kawalan rumah pintar bersepadu.
“TCL sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi, dan V6B Google TV mencontohi komitmen kami untuk menyampaikan teknologi termaju dan kualiti unggul,” kata Carolyn Qiu, Pengarah Urusan TCL Malaysia.
Tambahnya, dengan ciri canggih dan antara muka mesra pengguna, V6B ditetapkan untuk mentakrifkan semula standard hiburan di rumah dan meningkatkan pengalaman menonton kepada pengguna.
Pelancaran eksklusif TCL T7B QLED Google TV dan V6B 4K UHD Google TV di Platform Lazada adalah bukti pendekatan strategik TCL terhadap pengembangan pasaran dan pengguna. Dengan memanfaatkan rangkaian e-dagang Lazada yang luas, TCL berhasrat untuk mencapai pasaran yang lebih luas dan menyediakan akses mudah kepada pelanggan kepada inovasi terkininya.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Lazada untuk pelancaran eksklusif ini, ini kerjasama dalam meningkatkan keupayaan pengedaran kami dan sejajar dengan matlamat untuk menghasilkan kualiti tinggi hiburan di rumah yang boleh diakses oleh lebih luas.
“Kami yakin bahawa gabungan platform dalam talian Lazada yang mantap dan teknologi canggih TCL akan memacu jualan yang ketara danpertumbuhan pasaran” katanya lagi.
TCL menetapkan sasaran penjualan 10,000 unit model T7B dan V6B menjelang akhir tahun ini. Selain itu, jenama ini juga menyasarkan untuk menjadi jenama terkemuka dalam pasaran TV skrin besar dalam talian, terutamanya untuk model 75″ dan 85″ dalam mendominasi kategori TV QLED.

Pengguna boleh melayari laman sesawang bagi mengetahui lebih lanjut mengenai T7B QLED Google TV dan V6B 4K UHD Google TV baharu eksklusif di TCL Flagship Store Lazada https://www.lazada.com.my/shop/tcl-malaysia
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengalaman hiburan rumah anda dengan terbaharu inovasi TCL. Pelanggan juva boleh menebus baucar pembeli baharu Lazada bernilai RM12 OFF: kod baucar LZTCL1.
