IMG_6164

Bangi – Sempena meraikan sambutan awal Muharam, jenama pengeluar kelengkapan pakaian ibadah Siti Khadijah menganjurkan Program Berkah Asyura dengan bergotong royong memasak di Masjid Al Hasanah Bangi disini hari ini.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin berkata, program berkenaan adalah pertama kalinya dianjurkan membabitkan lebih kurang 20 kakitangan syarikat tersebut.

Dalam masa sama, beberapa selebriti dan ikon agama turut memyertai program ini antaranya, Shamsul Ghau Ghau, Anas Tahir, Dai Izzhar Nazri dan Imam Muda Asyraf.

“Kami berkongsi hajat dengan pihak masjid untuk menganjurkan program ini dan Alhamdulillah ia disambut baik.

“Jadi sempena sambutan ulang tahun Siti Khadijah yang kelima belas tahun, kami bekerjasama dengan pihak masjid bagi menyantuni komuniti setempat di Bangi dengan mengedarkan bubur asyura secara percuma” katanya.

Jelasnya lagi, persiapan dan penyediaan memasak empat kawah bubur bermula jam 8 pagi dan agihan sebanyak 500 bekas akan dilakukan secara pandu lalu.

“Untuk program pertama ini kami memilih Masjid Al Hasanah Bangi kerana mengambil simbolik butik pertama yang dibuka pada tahun 2010 di sini dan InsyaAllah ia akan diteruskan setiap tahun di masjid-masjid lain pula.

“Program sebegini mampu mendidik kita lebih dekat dengan masyarakat disamping membawa jenama Siti Khadijah tetap dihati orang ramai.

“Bubur Asyura itu sendiri mempunyai pengajaran tersendiri yang mungkin semakin dilupakan, jadi inilah inisiatif kita untuk menghidupkan kembali budaya bergotong royong” tambahnya lagi.

Muhaimin berkata, Siti Khadijah juga bakal memeriahkan lagi sambutan Keretapi Sarong 2024 pada September nanti dan beberapa perancangan lain yang sedang diteliti.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading