51723520099_DonaldJTrump

WASHINGTON – Usahawan terkemuka Amerika Syarikat, Elon Musk berkata, serangan Distributed Denial of Service (DDoS) besar-besaran mengganggu wawancara secara langsungnya dengan calon Presiden Republikan, Donald Trump dan beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

“Terdapat serangan DDoS besar-besaran di X. Kami sedang berusaha untuk menghentikan serangan terbabit,” menurut Musk di platform X pada Isnin.

“There appears to be a massive DDOS attack on . Working on shutting it down.

Sesi wawancara yang dijadual pada 8 malam waktu tempatan (ET) mungkin hanya dapat diakses oleh sebilangan kecil penonton.

Bagaimanapun, wawancara itu akan dimuat naik dalam talian untuk akses yang lebih luas sebaik sahaja ia berakhir, katanya.

Ramai pengguna mengalami kesukaran untuk menyertai sesi wawancara secara langsung di platform media sosial X pada malam Isnin.

Keputusan untuk mengadakan temu bual itu dibuat selepas pengumuman Trump mengenai pencalonannya bagi pilihan raya Presiden 2024 dan beliau menyuarakan keinginan membincangkan rancangan dan dasar kempennya dalam perbualan terperinci dengan Musk. – BERNAMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading