EKSPO-MALAYSIA-CHINA-780x470

Kuala Lumpur – JMM Holding bakal melancarkan Ekspo Produk e-Dagang Terpilih Malaysia 2024 dengan menyasarkan RM60 juta nilai dagangan melalui pameran produk terkemuka dari China.

Pameran itu akan mengetengahkan 200 jenama dianjurkan bersama Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) dan diadakan di di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 29 November hingga 1 Disember 2024 ini.

Menyasarkan kehdairan lebih 15,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa, ekspo itu juga menyediakan platform untuk peniaga dan pengguna tempatan untuk terus berhubung dengan pengeluar China, seterusnya mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala.

Menurut Ellison Yang, Pengasas JMM Holding, pada tahun 2024, hubungan perdagangan antara Malaysia dan China terus berkembang pesat. Dalam separuh pertama tahun ini saja, perdagangan dua hala sudah mencecah $100.232 bilion, naik 10.6% berbanding tahun lepas.

Ini jelas menunjukkan hubungan yang makin erat antara kedua-dua negara, China juga telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dan dengan dasar bebas visa yang baru, pertukaran budaya dan perniagaan antara kedua negara semakin rancak.

(Dari kiri) Ho Wing Pong, Im Yoke Foon, Ellison Yang Yi Ming, Chan Yoke Chong, Dato’ Tang Zhi Nian, Dato’ Sri Foo Yong Hing, Chan Yunn Horng, Chang Calvin, Ng Chin Long.

Ekspo ini disokong oleh pelbagai organisasi seperti Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Persatuan Pemborong Malaysia (PPM), Junior Chamber International Kuala Lumpur (JCI), dan SOMO Group bakal menampilkan lebih 200 jenama dan PKS terkenal dari China.

Antara sektor yang akan diketengahkan termasuk tenaga baharu seperti PV solar, stor tenaga, lampu, peralatan rumah, dan produk pintar. Ekspo ini merupakan peluang terbaik bagi pengusaha tempatan yang ingin membuat pesanan pukal serta pengguna runcit yang ingin meneroka pelbagai jenis produk menarik.

Dengan perkembangan pesat e-dagang dan pembelian dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 hadir tepat pada masanya untuk membantu peniaga dan pembeli tempatan.

Ekspo ini akan memberi fokus pada teknologi terkini dari sektor elektronik China, terutama produk tenaga baharu seperti PV solarpenyimpan tenaga, dan longgokan pengecasan – semuanya mempercepatkan peralihan kepada teknologi hijau dalam elektronik, termasuk lampu dan peralatan rumah.

Tambah Yang, ekspo ini membolehkan peniaga Malaysia berhubung terus dengan jenama dan pembekal dari China, sekaligus menghapuskan kos orang tengah dan mengurangkan caj logistik untuk meningkatkan keuntungan. Pembeli runcit pun tak ketinggalan untuk mendapat manfaat, kerana mereka boleh menikmati harga produk terus dari kilang dengan lebih murah tanpa caj platform tambahan.

Ini menjadikan Malaysia tempat yang sesuai untuk syarikat-syarikat China memulakan langkah mereka ke pasaran Asia Tenggara. Dengan kepakaran dalam pengeluaran dan harga yang kompetitif, kerjasama ini dijangka membantu syarikat China menembusi pasaran ASEAN dengan lebih cepat.

Penganjur juga sedang giat mempromosikan ekspo ini di seluruh Asia Tenggara, untuk menarik lebih ramai pemain industri dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serantau melalui kerjasama perdagangan antara Malaysia dan China.

Ekspo tiga hari ini juga adalah percuma untuk semua pengusaha perniagaan dan pembeli, jadi jangan lepaskan peluang untuk terokai peluang baharu dan saksikan sendiri perkembangan terkini dalam landskap e-dagang antara Malaysia dan China.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024, layari laman web JMM Exhibition, Facebook dan Instagram mereka atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di +6012-854 2238.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading