090df16a-08ff-426b-bb4f-a48e617dd4ba

Putrajaya – Tidak lama lagi cuti sekolah bakal tiba, ibu bapa pastinya mencari tempat yang menarik bagi meluangkan masa bersama keluarga terutamanya untuk anak-anak melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

Kiddytopia yang berada di IOI Mall Putrajaya adalah salah-satu tempat yang menarik untuk ibu bapa membawa anak-anak mereka. Apa yang menarik di Kiddytopia ini selain bahagian utama Kiddyride yang menyediakan pelbagai jenis permainan ialah terdapat sebuah kafe dikenali sebagai Kiddycafe yang menyediakan pelbagai menu yang menarik.

Pengarah urusan Kiddytopia, Akmal Adib Mainong (kanan) bersama Ketua Eksekutif Kiddycafe, Chef Nor Arazman

Pembukaan kafe yang dikenali Kiddycafe ini adalah satu lagi tarikan baru di Kiddytopia bagi mengukuhkan penjenamaan Kiddytopia itu sendiri yang telah mula beroperasi sejak 2019. Pembukaan Kiddycafe pastinya dapat menambah kegembiraan golongan kanak-kanak yang dapat menjana tenaga semula selepas penat bermain apabila berkunjung di Kiddycafe yang menyediakan pelbagai menu menarik ini.

Pengarah urusan Kiddytopia, Akmal Adib Mainong berkata, pihak Kiddytopia komited dalam memberikan pengalaman istimewa buat golongan kanak-kanak dan juga ibu bapa dalam mencipta memori kekeluargaan bersama di Kiddytopia ini.

“Kiddycafe adalah satu lagi segmen perniagaan baharu kami selain Kiddyride dalam usaha untuk memberi tambah nilai kepada pelanggan. Dengan tema hiburan mesra keluarga, kami amat teruja untuk memperkenalkan Finger Food Family Friendly terbaru kami iaitu menu Surfries yang menjadi kegilaan kanak-kanak untuk dinikmati termasuk empat jenis kentang goreng istimewa iaitu loaded fries, shaker fries, long fries dan steak fries.

Para pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun tambahan apabila membeli secara kombo dan layak untuk membeli Bolo Bun dengan dua perisa aiskrim dengan harga hanya RM5 yang akan mula dilancarkan bermula 14 September ini.

Menurut Ketua Eksekutif Kiddycafe, Chef Nor Arazman hidangan yang digunakan di Kiddycafe ini menggunakan bahan-bahan premium dan bermutu tinggi yang diolah resipinya bagi dapat memenuhi selera setiap pelanggan dengan harapan pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke Kiddycafe rasa berbaloi dengan tawaran yang ditawarkan di Kiddycafe ini.

Di Kiddytopia juga menyediakan segala kemudahan seperti surau dan ruangan ibu menyusu bagi memberi keselesaan kepada ibu bapa yang menemani anak-anak bermain di taman permainan indoor ini.

Kiddytopia mempunyai tiga cawangan setakat ini iaitu Kiddytopia Aeon Nilai, Kiddytopia Midvalley Southkey dan selain Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya yang merupakan cawangan terbesar setakat ini. Apa yang menarik di Kiddytopia ini harga pas masuk yang bermula RM45 hingga RM55 ini adalah berkonsepkan pas sehari di mana kanak-kanak boleh keluar dan masuk tanpa had dalam masa sehari manakala tiada bayaran yang dikenakan kepada ibu bapa.

Pastinya Kiddytopia menjadi tempat persinggahan yang paling ideal untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak tanpa membebankan ibu bapa dengan harga berpatutan dan tiada langsung bayaran tambahan yang dikenakan kepada ibu bapa sambil menikmati hidangan yang perlbagai di Kiddycafe.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading