MEITU_20240915_172652669

Kuala Lumpur – Pemilik nama Nurasya Abdul Rahim atau lebih mesra dikenali Asya’B ini mula memeriahkan industri tanah air kita. Mungkin kini ramai yang mula sedar dengan kehadiran Asya’B di insdustri hiburan tanah air, namun tidak dinafikan masih ramai tidak mengenali dengan lebih dekat penyanyi yang mempunyai suara yang lunak ini.

Bekerjaya sebagai seorang guru besar di salah sebuah tadika di negeri kota singa itu, Asya’B tidak berhasrat melepaskan jawatannya namun tetap mahu mengembangkan bakatnya di dalam industri muzik.

Selepas mula tular video nyanyiannya di Facebook dan Tiktok, Aisya’B menerima respon positif dikalangan pengikut media sosialnya.

Pernah memenangi Gold With Honours dalam pertandingan Singapore Youth Orchestra (SYF) 2005 sebagai pemain Trombone ini mempertaruhkan single pertama yang bertajuk ‘Sayang Padamu’ di mana Asya’B sendiri yang menggubah dan menulis lirik tersebut manakala penerbit lagunya tidak asing lagi namanya di negara kita Zul2by2. Dalam penerbitan lagu ini juaga, Zul2by2 berkerjasama bersama Bajai.

“Pada mulanya, saya sering mengikuti siaran ‘live’ abang Zul di platform tiktok dan saya memberanikan diri memberi komen dan mesej kepada beliau.

“Saya berkongsi kepada abang Zul tentang lagu yang saya cipta ini dan Alhamdulillah beliau berminat dengan lagu ini” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tidak menyangka Zul 2by2 juga seorang komposer dan pencipta lagu.

“Saya ingat abang Zul hanya seorang penyanyi yang popular dengan lagu Kau Mawarku.

“Setelah beliau memberitahu dirinya seorang pencipta lagu dan antara lagu yang dicipta itu adalah antara lagu-lagu kegemaran saya, ini membuatkan saya lebih teruja untuk bekerjasama dengan beliau” ujarnya lagi.

Walaupun masih baru dalam industri muzik, tetapi di peringkat awal kemunculannya bakat Asya’B mula terserlah apabila pernah dinominasikan dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 dalam kategori Nova Media Baru.

Mengenali Asya’B dengan lebih dekat lagi pastinya tidak menyangka yang beliau memiliki bakat dalam melukis henna dan amat menyayangi kucing. Seorang yang kuat bekerja dan selalu berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang diamanahkan.

Jadi tidak hairanlah Asya’B berusaha sedaya upaya bagi mengembangkan bakatnya dalam dunia nyanyian dan meletakkan Malaysia sebagai negara yang menjadi pembuka lankah baginya.

“Saya ingin melebarkan bakat ini dalam industri muzik di Malaysia.

“Saya juga berharap diberi peluang dan rezeki mencipta nama di Indonesia dan Brunei” katanya.

Asya’B turut berharap lagu dan bakatnya ini diterima masyarakat dan mewarnai industri sebagai bakat baru setanding artis Singapura yang lain.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading