MEITU_20241030_103900865

Team Malaysianews TV berkesempatan mencuba sendiri kehebatan Samsung Galaxy S24 FE. Boleh kami katakan ini adalah telefon pintar ringan ‘mid-range’ yang harus jadi pilihan bagi anda.

Seperti Reaksi Pertama kami sebelum ini, anda boleh lihat beberapa spesifikasi hebat yang kami tekankan.

Kali ini, kami nak buat reviu penuh untuk menyokong kehebatan telefon pintar kelas pertengahan Samsung ini.

Rekaan mantap

Rekaan S24 FE adalah sama dengan Galaxy S24+ dan juga Galaxy A55. Tahun ini Samsung menggunakan satu rekaan pada lebih daripada satu peranti sehingga sukar membezakannya dengan sekali pandang. Bingkai tubuh adalah daripada aluminium biasa sahaja dan bukannya Armor Aluminium yang tahan lasak.

Bahagian sisi adalah rata namun masih lagi selesa di dalam genggaman tangan. Di belakang terdapat panel kaca yang memerangkap kotoran dengan agak mudah.

Ia dilengkapi dengan bingkai aluminium yang kukuh dan panel belakang Gorilla Glass Victus+ yang memberi rasa mewah dan tegap ketika dipegang.

Dengan skrin 6.7 inci, peranti ini masih selesa di tangan walaupun saiznya besar.

Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan laras audio yang diperbuat daripada logam. Butang selesa ditekan dan nampak teguh. Port pengecasan USB-C, kekisi audio dan talam SIM diletakkan di bahagian bawah peranti. Peranti turut dilengkapi sistem audio stereo bagi memberikan pengalaman audio yang seimbang.

Skrin

Skrin tahun ini meningkat 6.7″ Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz tetapi bukan dari jenis LTPO. Bezel peranti adalah sekata walaupun tidak begitu nipis. Skrin juga rata membuatkan tiada isu kandungan melimpah ke sisi apabila ditonton menggunakan mod skrin penuh. Kandungan HDR10+ boleh dipaparkan serta terdapat pengimbas cap jari terbina di bawah skrin.

Terdapat juga sistem imbasan menggunakan wajah sekiranya anda lebih selesa dengan kaedah nyahkunci ini.

Resolusi tinggi dan kadar penyegaran 120Hz memberikan visual yang tajam dan lancar, menjadikan pengalaman menonton video, bermain permainan, dan melayari media sosial lebih menyeronokkan.

Spesifikasi Mantap, Prestasi Memuaskan

Sistem operasi One UI 6.1.1 berasaskan Android 14 digunakan yang sama dengan Z Fold6, Z Flip6 dan siri S24 baru-baru ini. Dari segi rekaan antaramuka ianya ringkas, mudah digunakan dan lancar ketika kami gunakan walaupun untuk tempoh yang agak pendek.

Ini tidaklah mengejutkan kerana S24 FE dilengkapi cip Exynos 2400E yang dipadankan dengan memori 8GB RAM.

Kamera kemas dan serba boleh

Tiga kamera di belakang disusun secara menegak dengan ia terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 8MP. Perbezaan sistem kamera ini dengan Galaxy S24+ ialah lensa telefoto adalah lebih besar iaitu 10MP.

Perubahan juga dilakukan pada kamera swafoto 10MP yang lebih kecil berbanding 12MP pada Galaxy S24+. Antara cara mengurangkan kos yang dilakukan Samsung pada model FE tahun ini ialah mengubah spesifikasi kamera.

Sistem kamera ini menawarkan fleksibiliti untuk menangkap pelbagai jenis gambar, dari landskap yang luas hingga potret yang tajam.

Perisian terkini

Pemproses ini adalah versi lebih ekonomi berbanding Exynos 2400 yang digunakan pada Galaxy S24+. Perbezaan ialah 10 teras CPU beroperasi pada kelajuan yang lebih rendah. Harus diakui 8GB RAM adalah kecil bagi sebuah peranti mercu. Untuk mengubati masalah ini ciri RAM Plus boleh menambah 8GB RAM lagi secara maya apabila diperlukan.

Persamaan tidak terhad kepada ciri-ciri sistem operasi semata-mata kerana Samsung memberikan sokongan 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti juga pada Galaxy S24 FE. Ini meletakkannya setanding dengan siri S24, Z Fold6 dan Z Flip5.

Galaxy AI sekali lagi diberikan tumpuan dengan terdapat sokongan Sketch to Image, Portrait Studio, Composer, Note Assist, Interpreter dan Circle to Search. Sokongan Galaxy AI secara percuma adalah sehingga penghujung 2025 sahaja.

Ketahanan bateri

Samsung telah mengikut trend terkini dengan tidak menyertakan pengecas di dalam kotak, satu langkah untuk mengurangkan sisa elektronik, walaupun ia mungkin mengecewakan sesetengah pengguna.

Namun, bateri fast charging pada telefon pintar ini juga tahan lama lebih 8 jam dengan kuasa 4700mAh.

Kesimpulan

Di Malaysia, Samsung Galaxy S24 FE boleh didapati pada harga RM3299 bagi model 8/256GB dan RM3899 untuk model 8/512GB, dengan pilihan warna Blue, Graphite, Gray dan Mint.

Maka ini menjadikan Galaxy S24 FE peranti alternatif yang agak menarik bagi mereka yang mahukan sebuah peranti mercu Samsung tahun ini. Kekuatan dilihat pada cip Exynos 2400E yang masih berkuasa dan sokongan kemas kini sistem operasi selama 7 tahun.

Samsung Galaxy S24 FE
Skrin6.7″ Dynamic AMOLED 2X,
60-120Hz, HDR10+
Gorilla Glass Victus+
PemprosesExynos 2400e
Cip1x 3.11 GHz Cortex-X4
2x 2.9 GHz Cortex-A720
3x 2.59 GHz Cortex-A720
4x 1.95 GHz Cortex-A520
Cip GrafikXclipse 940
RAM8GB RAM LPDDR5X
Muatan Dalaman256/512 GB UFS 4.0
Kamera Utama50mp f/1.8 OIS, (Sudut Lebar)
12MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
8MP f/2.4, OIS (Telefoto)
Kamera Swafoto10 MP f/2.4
Bateri4700 mAh
Pengecasan berwayar 25W
Pengecasan nirwayar 15W
SIM/TelefoniNano SIM
5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanPengimbas cap jari bawah skrin
Imbasan wajah
Harga JualanRM 3,299 (8/256GB)
RM 3,899 (8/512GB)

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading