IMG_20241022_011358_680

Siri Samsung Galaxy FE ditawarkan ke pasaran saban tahun sebagai model lebih mampu kepala peranti mercu Galaxy S dengan spesifikasi yang sedikit berbeza.

Tahun ini mereka melakukan sedikit perubahan kerana Samsung Galaxy S24 FE ditawarkan sebagai model alternatif kepada Galaxy S24+ dan bukannya Galaxy S24.

Ini reaksi pertama kami selepas unboxing Samsung Galaxy S24 FE selepas menerimanya.

Team Malaysianews TV berpuas hati dengan Samsung Galaxy S24 FE ini!

Apa ada didalam kotak?

1) Telefon pintar Samsung Galaxy S24 FE

2) Kabel USB C

3) Pin

Samsung Galaxy S24 FE dikuasakan oleh pemproses CPU Exynos 2400 (4 nm) dengan storan 8GB RAM, 256GB ROM. Peranti ini juga mempunyai skrin 6.7-inci Dynamic AMOLED 2X. Ia mempunyai kamera belakang Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), dual pixel PDAF, OIS + 8 MP, f/2.4, 75mm (telephoto), PDAF, OIS, 3x optical zoom + 12 MP, f/2.2, 123Ëš (ultrawide)MP dan menyokong Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA, LTE (CA) dan 5G. Ia juga dilengkapi dengan 4700 mAh dengan ketebalan peranti 8 mm, seberat 213g, dan menggunakan Android 14, One UI 6.1.

Rekaan ergonomik

Rekaan S24 FE adalah sama dengan Galaxy S24+ dan juga Galaxy A55. Tahun ini Samsung menggunakan satu rekaan pada lebih daripada satu peranti sehingga saya sukar membezakannya dengan sekali pandang. Bingkai tubuh adalah daripada aluminium biasa sahaja dan bukannya Armor Aluminium yang tahan lasak. Bahagian sisi adalah rata namun masih lagi selesa di dalam genggaman tangan. Di belakang terdapat panel kaca yang memerangkap kotoran dengan agak mudah.

Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan laras audio yang diperbuat daripada logam. Butang selesa ditekan dan nampak teguh. Port pengecasan USB-C, kekisi audio dan talam SIM diletakkan di bahagian bawah peranti. Peranti turut dilengkapi sistem audio stereo bagi memberikan pengalaman audio yang seimbang.

Tiga kamera di belakang disusun secara menegak dengan ia terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 8MP. Perbezaan sistem kamera ini dengan Galaxy S24+ ialah lensa telefoto adalah lebih besar iaitu 10MP. Perubahan juga dilakukan pada kamera swafoto 10MP yang lebih kecil berbanding 12MP pada Galaxy S24+. Antara cara mengurangkan kos yang dilakukan Samsung pada model FE tahun ini ialah mengubah spesifikasi kamera.

Buka kotak

Kotak pembungkusan Samsung Galaxy S24 FE mengekalkan tona warna hitam sebagai asasnya seperti kotak Galaxy S23 FE sebelum ini. Gambaran depan menunjukkan warna dan rupa bentuk telefon pintar tersebut.

Kami diberikan peranti berwarna hijau lembut dan dilabelkan sebagai ‘Mint’. Walau bagaimanapun, saiz kotak Galaxy S24 FE juga lebih nipis seperti saiz kotak peranti Samsung lain seperti Galaxy A series sebelum ini.

Berbalik kepada isi kotak tersebut, di bawah telefon disertakan satu kabel USB-C tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger) berserta kad waranti dan buku panduan. 

Adapter charger ini perlu dibeli berasingan berdasarkan maklumat di dalam kotak tersebut. Adalah sedikit kelainan dan kekurangan pada pembeli memandangkan selama ini peranti-peranti telefon di pasaran kebiasaanya didatangkan dengan adapter charger bersama di dalam kotak dan telefon pintar tersebut.

Material nampak Trendy

Bercakap mengenai fizikal telefon pintar tersebut, material telefon ini adalah berasaskan material aluminium (aluminum frame) dan dibahagian belakang dibalut dengan kemasan kaca Gorilla Glass Victus+ yang berkilat, berkilau, dan bersinar (glossy) menjadikannya ia selesa untuk dipegang di tangan tetapi mudah menyebabkan bekas cap jari melekat pada permukaan tersebut.

Berdasarkan maklumat sesawang Samsung, terdapat pilhan empat warna untuk model ini iaitu  Blue (biru), Graphite (hitam keluli kelabu), Gray (kelabu) dan Mint (hijau lembut).

Perisian mantap

Sistem operasi One UI 6.1.1 berasaskan Android 14 digunakan yang sama dengan Z Fold6, Z Flip6 dan siri S24 baru-baru ini. Dari segi rekaan antaramuka ianya ringkas, mudah digunakan dan lancar ketika kami gunakan walaupun untuk tempoh yang agak pendek. Ini tidaklah mengejutkan kerana S24 FE dilengkapi cip Exynos 2400E yang dipadankan dengan memori 8GB RAM.

Pemproses ini adalah versi lebih ekonomi berbanding Exynos 2400 yang digunakan pada Galaxy S24+. Perbezaan ialah 10 teras CPU beroperasi pada kelajuan yang lebih rendah. Harus diakui 8GB RAM adalah kecil bagi sebuah peranti mercu. Untuk mengubati masalah ini ciri RAM Plus boleh menambah 8GB RAM lagi secara maya apabila diperlukan.

Galaxy AI sekali lagi diberikan tumpuan dengan terdapat sokongan Sketch to Image, Portrait Studio, Composer, Note Assist, Interpreter dan Circle to Search. Sokongan Galaxy AI secara percuma adalah sehingga penghujung 2025 sahaja.

Kesimpulan

Di Malaysia Samsung Galaxy S24 FE dijual pada harga bermula RM3299 yang adalah lebih murah berbanding Galaxy S24+ yang dijual pada harga bermula RM3999.

Maka ini menjadikan Galaxy S24 FE peranti alternatif yang agak menarik bagi mereka yang mahukan sebuah peranti mercu Samsung tahun ini. Kekuatan dilihat pada cip Exynos 2400E yang masih berkuasa dan sokongan kemas kini sistem operasi selama 7 tahun.

Nantikan full review kami di artikel akan datang!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading