61727324948_MetaThreads

THREADS adalah alternatif kepada X yang menggunakan akaun Instagram.

Sejak kebelakangan ini jumlah pengguna telah meningkat menghampiri 275 juta dengan 1 juta pengguna bertambah setiap hari.

Ia menawarkan penggunaan yang ringkas, mudah berinteraksi dengan manusia bukan bot dan tiada iklan.

Menurut laporan The Information, iklan pada Threads akan mula dipaparkan tidak lama lagi. Ini bukan perkara yang mengejutkan kerana paparan iklan memang sudah dinyatakan akan berlaku.

Mark Zuckerberg pernah berkongsi yang beliau ingin iklan mula dipaparkan jika jumlah pengguna di Threads sudah menghampiri 1 bilion. Lagi pun anda tidak boleh mengeja Threads tanpa ads.

Ujian paparan iklan turut telah kelihatan berlaku pada beberapa bulan lepas. Iklan ini dikatakan akan tiba seawal Januari 2025 dan akan terhad kepada pengiklan terpilih sahaja.

Turut tidak pasti jika paparan iklan pada Threads akan berlaku kepada semua pengguna atau hanya di negara tertentu.

Di Eropah, platform Facebook dan Instagram menawarkan pelan langganan untuk bebas iklan yang mana berasingan dengan langganan Meta Verified.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading