IMG_20241122_013700_240

Kuala Lumpur – Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) meletakkan satu tanda aras baharu sejak dilancarkan pada tahun 2018 sebagai pemangkin strategik para usahawan terus melebarkan jaringan perniagaan.

Pengarah Pembangunan Perniagaan DPDDM, Dato’ Sri Sharizal Sarip berkata, organisasi itu bertujuan memastikan pencapaian ahli dapat ditingkatkan dan juga menyediakan peluang eksklusif untuk membina rangkaian dan menjalin kerjasama baharu yang lebih luas.

“DPDDM akan terus berinovasi dalam memberikan sokongan kepada ahli melalui program pembangunan, inisiatif kerjasama, dan acara eksklusif.

“Dengan cabaran ekonomi global yang semakin kompleks, pendekatan kolaboratif ini dianggap sebagai kunci kepada pertumbuhan mampan ahli-ahli DPDDM.

Jelasnya lagi, DPDDM bukan sahaja menonjolkan peranannya sebagai platform pembangunan perniagaan tetapi juga sebagai satu komuniti eksklusif yang sentiasa bersedia untuk mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih gemilang.

“DPDDM memberi peluang kepada para ahli bukan sahaja dari segi hubungan perniagaan malah membuka ruang dan peluang bagi para usahawan mengorak langkah bagi memajukan bisnes ke peringkat lebih global.

“Selain itu, para usahawan juga berpeluang menceburi program CSR yang dijalankan oleh Yayasan Datuk-Datuk Malaysia dan secara tidak langsung itu juga memberi nilai tambah terhadap perniagaan mereka” ujarnya dalam sidang media di majlis hi-tea di sini hari ini.

Presiden DPDDM, Dato’ Sri Hasnal dalam ucapan perasmiannya berkata engan penekanan kepada usaha dewan untuk terus membantu ahli-ahlinya berkembang di pentas tempatan dan antarabangsa. Beliau juga menekankan bahawa acara seperti ini adalah bukti komitmen DPDDM dalam menyediakan peluang eksklusif kepada ahli untuk membina hubungan strategik yang dapat memperkukuh posisi perniagaan mereka.

Salah satu elemen istimewa dalam majlis ini ialah penghormatan kepada dua tokoh penting, Tan Sri Jojo dan YM Tengku Hishamudin, yang telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan DPDDM. Penganugerahan trofi kepada mereka bukan sahaja sebagai simbol penghargaan tetapi juga sebagai inspirasi untuk ahli-ahli lain untuk terus menyumbang kepada kemajuan organisasi dan komuniti perniagaan secara keseluruhan.

Turut menyerikan majlis, satu pertunjukan fesyen oleh Yani Bakhtiar melalui jenama Yans Creation memukau perhatian tetamu. Koleksi eksklusif yang dipersembahkan bukan sahaja memaparkan reka bentuk yang elegan dan sofistikated tetapi juga membuka ruang baharu untuk kerjasama antara ahli DPDDM dan industri fesyen.

Selain itu, sesi penyampaian watikah kepada penaja dan ahli kehormat menonjolkan elemen solidariti dalam DPDDM. Ia menjadi simbol pengiktirafan terhadap mereka yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong misi dan visi dewan. Penyerahan watikah ini tidak hanya sekadar formaliti tetapi juga sebagai cara untuk mengukuhkan hubungan antara DPDDM dan para pemegang taruhnya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading