KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi global HONOR baru-baru ini mengumumkan telefon pintar baharu HONOR X9c Smart dalam barisan Siri X di Malaysia. Peranti ini boleh dibeli di kedai seluruh negara pada 11 Disember ini, jam 8 malam. Model baharu ini merupakan edisi Lite HONOR X9c 5G dan didatangi dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh.
HONOR X9c Smart direka bagi menepati permintaan orang ramai yang mencari telefon pintar mampu milik. Peranti ini menawarkan ketahanan luar biasa, jangka hayat bateri yang lebih lama, keupayaan fotografi mengagumkan, dan pengalaman yang dikuasakan AI. Ramai pengguna pasti bertanya apakah perbezaan antara HONOR X9c Smart dan HONOR X9c 5G. Berikut adalah beberapa perbezaan kunci antara kedua-dua peranti tersebut:

Jaminan Kualiti Ekstra
HONOR X9c 5G menawarkan Jaminan Tiga Tahap, memberikan perlindungan dan sokongan yang mantap kepada penggunanya. Ini termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari secara percuma, Jaminan Bateri 36 Bulan bagi peranti dengan kesihatan bateri dibawa 80% dalam tempoh tiga tahun, dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari untuk peranti dengan kerosakan semasa pembuatan (sah untuk pembelian sehingga 15 Disember 2024). Sebagai perbandingan, HONOR X9c Smart hanya menawarkan Jaminan Standard 1 tahun.
Sentiasa Berhubung Sepanjang Hari dengan Kapasiti Bateri Besar
Apabila berbicara tentang kuasa, HONOR X9c 5G menerajui industri dengan bateri karbon silikon ultra-besar 6,600mAh, yang dipadankan dengan 66W HONOR SuperCharge dan mod AI Superpower Saving Mode. Gabungan ini memastikan penggunaan lanjut, walaupun dalam keadaan bateri yang amat rendah. HONOR X9c Smart pula tidak jauh berbeza, menampilkan bateri berkepadatan tinggi sebesar 5,800mAh yang terbesar dalam segmennya. Dengan penstriman muzik selama 31.6 jam dan 18.5 jam untuk ulang siar video atas talian, peranti ini memastikan hiburan yang dinikmati tanpa gangguan. Selain tu, HONOR X9c Smat didatangi dengan pengecas 35W HONOR SuperCharge.

Ciri-ciri AI HONOR
Kedua-dua HONOR X9c Smart dan HONOR X9c 5G memanfaatkan AI bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna. Ciri-ciri seperti Magic Portal, Magic Capsule, dan Parallel Space memperkasakan multitugas dan produktiviti. Ciri AI Eraser memudahkan suntingan gambar dengan membuang elemen yang tidak kehendaki secara cekap. Walau bagaimanapun, HONOR X9c 5G memiliki perbezaan tersendiri dengan ciri Blur Privacy yang termaju, secara automatik mengaburkan maklumat yang sensitif dalam tangkap layar, memberikan lapisan keselamatan tambahan kepada anda.
Paparan Rata atau Lengkung untuk Pengguna Yang Pelbagai
Perbezaan yang ketara antara HONOR X9c 5G dan HONOR X9c Smart adalah pada paparannya. HONOR X9c Smart menampilkan paparan rata yang klasik selepas mendapat permintaan daripada ramai pengguna siri X9. Panel FHD+ LCD 6.8 inci menyampaikan visual yang mengagumkan dengan puncak kecerahan 850 nits yang terbesar dalam segmennya. Sebagai perbandingan, HONOR X9c 5G membawakan pengalaman visual ke tahap lebih tinggi dengan Paparan Lengkung OLED Keselesaan Mata 6.78 inci. Panel premium ini memiliki resolusi 1.5K yang menawan dan kecerahan puncak 4,000 nits, menawarkan kejelasan yang luar biasa dan estetik yang lebih baik. Kedua-dua model ini memberikan pengalaman dengan tiada gangguan dengan kadar segar semula 120Hz untuk prestasi yang lancar dalam setiap interaksi.

Pengalaman Audio Yang Tersendiri
HONOR X9c Smart dan HONOR X9c 5G menawarkan pengalaman audio yang berbeza, setiap satunya dengan konfigurasi pembesar suaranya yang tersendiri. HONOR X9c 5G mempunyai dua pembesar suara berkembar yang mampu melontarkan bunyian 300% lebih kuat, memberikan pengalaman mendengar yang lebih imersif dan dinamik. HONOR X9c Smart pula membawakan pembesar suara mono yang sesuai digunakan setiap hari.
Kamera Pengesan Ultra 108MP: Meningkatkan Pengalaman Fotografi
HONOR X9c 5G membawa fotografi ke tahap seterusnya dengan Kamera Pengesan Ultra 108MP, menampilkan EIS (Penstabilan Imej Elektronik) dan OIS (Penstabilan Imej Optik) untuk gambar yang lebih jelas dan nyata walaupun dalam keadaan cahaya yang terhad. Sebagai perbandingan, HONOR X9c Smart mempunyai EIS sahaja tetapi masih boleh menyampaikan imej yang lebih stabil. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan HONOR AI Motion Sensing, satu ciri yang menangkap pergerakan pantas dengan kejituan yang mengujakan.

Penstoran Mencukupi Untuk Semua Pengguna
HONOR X9c Smart dan HONOR X9c 5G menawarkan storan dan kofigurasi prestasi yang diperibadikan bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, HONOR X9c 5G menterjemahkan prestasi yang amat mengagumkan ke sehingga RAM 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) serta menawarkan dua pilihan storan iaitu 256GB dan 512GB.
Dalam pada itu, HONOR X9c Smart menawarkan penyelesaian yang lebih mampu milik, menampilkan prosesor MediaTek Dimensity 7025, RAM 16GB (termasuk 8GB HONOR Turbo RAM), dan storan 256GB. Konfigurasi ini mencetus keseimbangan yang ideal antara pretasi dan kapasiti bagi tugasan harian dan kegunaan am.

Pilihan Warna
HONOR X9c 5G tersedia dalam tiga warna yang menawan iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black. HONOR X9c Smart pula menawarkan dua rona warna yang elegan iaitu Ocean Cyan dan Moonlight White. Telefon pintar ini menampilkan rekaan pelindung belakang diinspirasikan daripada corak semula jadi marmar, menambah sentuhan kecanggihan dan keunikan kepada persekitarannya.

Cadangan Pembelian
Bagi pengguna yang mencari telefon pintar mampu milik dalam lingkungan harga RM1,000, HONOR X9c Smart ialah pilihan yang terbaik. Ianya ideal bagi mereka yang mengutamakan paparan rata berbanding yang melengkung, serta tidak memerlukan ciri-ciri canggih seperti paparan dengan keselesaan mata berkuasa tinggi, storan lebih besar atau sokongan pasca jualan yang premium. Dengan perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh, jangka hayat bateri lebih lama dan ciri-ciri AI, sememangnya peranti ini berbaloi untuk kegunaan harian.
Sungguhpun begitu, bagi pengguna yang mengutamakan pengalaman tahap flagship, HONOR X9c 5G tentunya penambahbaikan yang amat ideal. Menampilkan paparan melengkung 1.5K OLED dengan keselesaan mata bertaraf flagship, hayat bateri yang ditingkatkan, kestabilan fotografi lebih baik, dwi pembesar suara, dan sokongan selepas jualan secara menyeluruh, HONOR X9c 5G amat sesuai bagi mereka yang ingin melabur sedikit untuk pengalaman yang lebih premium.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9c Smart dan HONOR X9c 5G, ikuti laman Facebook HONOR Malaysia atau kunjungi laman sesawang rasmi di https://www.honor.com/my/.
