MEITU_20241201_124355962

Shah Alam – Program seminar MYDJ (Manage Your Diabetic With Dr Jue) dilaksanakan khas untuk membantu pesakit diabetes dengan memberi ilmu pengetahuan bagaimana untuk reverse penyakit dengan mudah.

Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali Dr. Jue berkata, penyakit diabetes dilihat antara salah satu faktor yang meningkatkan perbelanjaan negara seperti rekod RM4.9 juta dibelanjakan pada tahun lepas bagi rawatan penyakit ini.

“Seminar ini dilakukan atas permintaan ramai dari masyarakat terutamanya pesakit diabetes, ini adalah kesinambungan dari personal coaching dan siaran live di media sosial saya.

“Jadi kita buat seminar 1 hari ini dan saya ajar para peserta tentang sebelas protokol yang merangkumi cara pemakanan, gaya hidup dan amalan yang baik untuk reverse diabetes.

“Penyakit diabetes boleh reverse dan kita perlu tahu cara tepat untuk membantu diri kita sendiri” katanya dalam sidang media disini.

Jelasnya lagi, seramai lebih 800 orang peserta menghadiri seminar MYDJ kali keempat ini dan hanya dibuat setahun sekali sahaja.

“Saya harapkan lebih ramai pesakit dapat menyertai seminar akan datang untuk lebih faham mengenai penyakit diabestes ini dan saya sasarkan lebih ramai pesakit tahu bagaimana cara reverse dengan protokol yang saya terangkan” ujarnya lagi.

Dzolkarnain Hassan, 52, seorang bekas tentera telah mengidap diabetes sejak 20 tahun lepas namun baru mengenali Dr. Jue pada dua tahun sebelum ini.

“Saya mendapat diabetes disebabkan gaya hidup yang kuat bersukan namun ketagihan minuman sukan yang manis dan corak pemakanan yang tidak sihat.

“Saya rasa dengan gaya hidup aktif sudah cukup namun tidak menjaga pemakanan sehinggalah doktor menaikkan dos ubat dan insulin kerana paras gula dalam badan mencecah bacaan 22, dan selepas mengenali Dr. Jue di media sosial, saya mula mempelajari banyak perkara untuk reverse diabetes” katanya.

Seorang lagi peserta, Zainab Ahmad, 53, mengidap diabetes GDM pada tahun 2010 namun tidak mengambil sebarang rawatan hospital.

“Saya bermula dengan diet sendiri tanpa apa-apa ilmu namun gagal dan bacaan gula terus meningkat, pada tahun 2019 baru saya mengambil ubat kencing manis sehingga sekarang.

“Saya mengetahui mengenai Dr. Jue ni dari media sosial dan perkongsian rakan-rakan online, dari situ saya selalu melihat video-video beliau dan menyertai seminar ini untuk belajar menegenai ilmu reverse diabetes lebih lanjut” kongsi Zainab.

Tambahnya lagi, beliau akan mengamalkan setiap ilmu yang diajar oleh Dr. Jue untuk lebih sihat dan bebas diabetes selepas ini.

Dalam seminar MYDJ ini juga, Dr. Jue turut berkongsi tentang rawatan alternatif bekam yang dianggap berkesan dalam merawat diabetes. Menurut beliau, bekam sering disalah anggap sebagai rawatan kuno, namun apabila dilakukan dengan cara yang betul, ia boleh memberikan manfaat yang signifikan dalam pengurusan diabetes.

Selain bekam, teknik Intermitten Fasting juga turut ditekankan dalam protokol yang diamalkan.

Seminar ini memberi impak yang mendalam kepada peserta, membuka mata mereka tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan memberi inspirasi untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka. Dr. Jue mengakhiri seminar dengan penuh optimisme, “Diabetes bukan hukuman mati. Ia boleh dicegah dan diuruskan, tetapi kita perlu bermula hari ini.”

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading