IMG_2287

Kuala Lumpur – Anugerah All Star Influencers Award (ASIA) 2024 bagi meraikan pempengaruh dari sembilan negara termasuk Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila menerima lonjakan lebih 200 peratus jumlah tontonan secara dalam talian di seluruh dunia, berbanding tahun lalu.

Pengasas ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, acara yang berlangsung di ibu negara malam tadi, meraih 254 juta tontonan bagi siaran kira-kira tiga jam, berbanding hanya 70 juta, pada 2023.

Pengasas ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan

“ASIA 2024 mempromosikan tiga elemen pelancongan tempatan iaitu kebudayaan, lokasi menarik dan bersejarah serta makanan menerusi platform media sosial, sekali gus mampu menjana pendapatan negara.

“Acara ini juga berjaya memperluaskan pengaruhnya menerusi penyertaan pempengaruh dari Korea Selatan, Jepun dan China, selain menyifatkan sambutan tahun ini, sangat menggalakkan.

Beliau juga menjangkakan penganjuran ASIA 2025 bakal memperluas pengaruhnya dengan menerima penyertaan pempengaruh daripada tiga negara lagi, masing-masing dari India, Sri Lanka dan Pakistan yang memiliki populasi sangat ramai, melebihi 2 bilion penduduk.

Jelasnya, ASIA 2024 menampilkan konsep berbeza dengan mengetengahkan Visit Malaysia 2026, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, World Tourism Day Melaka dan Visit Melaka 2024 sebagai tema penghasilan kandungan.

“Memandangkan Melaka adalah negeri tumpuan, konsep pada tahun ini juga amat berbeza apabila peserta berpeluang menjalani kebudayaan perkahwinan Melayu yang diadakan di Balai Adat, Perkampungan Hang Tuah di Duyong, Melaka.

“Mereka tiba di situ tanpa sebarang maklumat dan informasi hanya diberikan ketika mereka tiba di lokasi dan perlu menghasilkan kandungan kreatif berdasarkan aspek kebudayaan ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas ASIA 2024.

Tambahnya, proses pengundian pula dibahagikan kepada dua kategori, masing-masing lima juri berpengalaman daripada industri muzik, lakonan dan perfileman bersama 10 pempengaruh tempatan yang arif mengenai media sosial.

Pada acara kemuncak ASIA 2024, pempengaruh dari Indonesia, SaalHaerid mengungguli anugerah utama, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000, trofi dan pakej percutian ke Dubai.

Naib johan juga dirangkul pempengaruh dari Indonesia, Abyan Calief, membawa pulang trofi, wang tunai AS$5,000 dan pakej percutian ke Dubai, manakala pempengaruh dari Malaysia, Imranul Effendi membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 dan percutian ke Dubai selepas dinobatkan pemenang ketiga ASIA 2024.

Selain anugerah utama, SaalHaerid turut meraih kategori Kategori Ciptaan Kandungan Terbaik yang melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai AS$1,000.

SaalHaerid ketika ditemui mengakui teruja apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah utama ASIA 2024, selain pempengaruh berasal dari Kalimantan itu juga berbangga dapat mengekalkan kedudukan Indonesia sebagai juara bagi acara berkenaan.

Tempat kedua pula dirangkul Abyan Calief dari Indonesia yang membawa pula trofi, wang tunai AS5,000 dan percutian ke Dubai manakala pempengaruh Malaysia, Imranul Effendi membawa pulang trofi, wang tunai AS3,000 dan percutian ke Dubai.

Bagi kategori Penyampai Cerita Terbaik dimenangi Berliana (Indonesia), manakala pempengaruh dari Malaysia, Ananda Natasha membawa pulang trofi bagi Anugerah Pilihan Orang Ramai.

Pempengaruh, Thebang dari Vietnam dinobatkan sebagai pemenang Pakaian Terbaik Lelaki, manakala kategori wanita pula dimenangi Tikaola (Indonesia) dan pasangan dua beradik dari Indonesia, Vladd membawa pulang trofi dan wang tunai AS$1,000 bagi Kategori Tarian Terbaik.

ASIA 2024 yang dirasmikan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Yasmin Mahmood itu turut diserikan dengan kehadiran lebih 60 pempengaruh media sosial dari Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Ahmad Shabery Cheek 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading