e39a56b6-57cf-4ea6-97da-3add1ff3bf6b

Kuala Lumpur – Minyak wangi Verlune merupakan dedikasi tulus dari hati Dato’ Jamal Abdillah kepada isterinya yang menandakan satu kejayaan dalam perkahwinan mereka.

Jamal, 65, yang kini bekerjasama menghasilkan produk minyak wangi Verlune by Datuk Jamal dengan sebuah syarikat berkata, meminati haruman wanita antara sebab tercetusnya idea menghasilkan minyak wangi ini.

“Ia membabitkan kerjasama saya dengan sebuah syarikat bukan bumiputera. Saya sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan mereka.

“Banyak isu-isu pasal ini (pemilik syarikat) diperkatakan sebelumnya, tapi kami tidak bersembunyi. Saya sudah jelaskan siapa pemilik sebenar dan tak perlu ada perasaan curiga.

“Dari segi bisnes kita nampak apa yang mereka buat. Mereka jual nama saya dan saya akan dapat bayaran. Perbincangan pula banyak membabitkan isteri (Datin Zai Izzati) dengan mereka,” katanya.

Majlis pelancaran ini dihadiri seramai 50 tetamu termasuk rakan media yang memberikan sokongan penuh terhadap produk wangian terbaru ini. Acara ini memberikan peluang kepada para tetamu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inspirasi di sebalik penciptaan minyak wangi tersebut yang menggabungkan elemen keanggunan dan perasaan cinta yang mendalam.

Jelasnya lagi, inspirasi utama dalam penciptaan Verlune adalah cinta tulus Dato’ Jamal kepada isteri tersayang, Datin Zai Izzati.

Wangian ini direka khas sebagai simbol penghargaan dan dedikasi beliau terhadap isteri yang menjadi tulang belakang kejayaan kerjayanya. Dato’ Jamal memilih nama Verlune yang berasal daripada bahasa Perancis, bermaksud “bulan”.

Bagi beliau, bulan melambangkan ketenangan, kestabilan dan cinta abadi yang beliau rasakan dalam kehidupan mereka berdua.

Menurut beliau, bulan itu adalah simbol ketenangan yang hadir dalam kehidupannya yang penuh cabaran sebagai seorang penyanyi. “Verlune adalah lambang keteguhan, cahaya dan cinta yang memberikan kekuatan dalam hidup saya,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading