WhatsApp Image 2026-07-04 at 11.05.55

Kuala Lumpur – Thule, jenama premium dari Sweden yang terkenal di peringkat dunia dalam penghasilan kelengkapan pengembaraan, aktiviti luar dan gaya hidup aktif bersama keluarga, mengumumkan pembukaan rasmi butik flagship terbaharunya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif Thule Malaysia, Eugene Wong berkata, pembukaan butik flagship itu menjadi satu kejayaan jenamanya di Malaysia sekaligus membuka peluang kepada para pelanggan melihat sendiri keseluruhan rangkaian produk Thule di sebuah kedai rasmi.

Terletak di Tingkat 2, butik baharu ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif menerusi konsep “Active Life, Simplified“, membolehkan pelanggan meneroka rangkaian produk Thule yang direka untuk menjadikan setiap perjalanan dan aktiviti luar lebih mudah, selamat serta bergaya.

“Produk Thule sebelum ini dipasarkan melalui beberapa rakan niaga termasuk Thunder Match, Harvey Norman, Apple Premium Reseller serta saluran e-dagang dan ini merupakan butik flagship pertama di Malaysia.

“Pemilihan pusat membeli belah Mid Vallley Kuala Lumpur ini adalah kerana lokasinya yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai untuk datang berbelanja” katanya selepas majlis perasmian disini hari ini.

Beliau juga menjelaskan, jenama Thule yang sebelum ini hanya dikenali dengan produk beg dan kotak bumbung kereta (roof box) sahaja, namun di butik flagship ini, para pelanggan boleh mnedapatkan produk lain antaranya stroller dan car seat.

Menampilkan reka bentuk moden berinspirasikan Scandinavia, Concept Store ini menyediakan ruang yang membolehkan pelanggan merasai sendiri kualiti dan inovasi produk Thule. Sama ada untuk kegunaan harian di bandar, percutian keluarga mahupun pengembaraan lasak, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai penyelesaian mobiliti dan penyimpanan yang memenuhi keperluan gaya hidup aktif.

Antara koleksi utama yang dipamerkan termasuk kereta sorong pelbagai guna yang memenangi pelbagai anugerah seperti Thule Urban Glide 3 dan Thule Sleek 2, selain koleksi beg perjalanan premium Thule Subterra 2 yang baharu dilancarkan serta siri Thule Chasm, yang terkenal dengan ketahanan dan reka bentuk praktikal untuk aktiviti lasak dan pengembaraan.

Bersempena pembukaan rasmi ini, Thule menawarkan pelbagai promosi eksklusif bermula 3 hingga 31 Julai 2026. Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh menikmati harga istimewa bagi produk terpilih termasuk kelengkapan perjalanan premium dan beg galas, selain tawaran pakej perjalanan eksklusif.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan, hadiah percuma turut ditawarkan berdasarkan jumlah pembelian:

  • Pembelian minimum RM600 – menerima beg aksesori Thule percuma.
  • Pembelian minimum RM1,200 – menerima hadiah eksklusif Thule.
  • Pembelian minimum RM1,800 – menerima beg aksesori premium Thule sebagai hadiah pembelian.

Orang ramai dijemput mengunjungi butik flagship baharu ini untuk meneroka rangkaian lengkap produk Thule yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengembara, peminat aktiviti luar serta keluarga moden yang mengutamakan kualiti, fungsi dan reka bentuk premium.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading