Kuala Lumpur – Syarikat teknologi tempatan, Qiang Long Sdn Bhd melancarkan inovasi terbaru mereka, K-Tech Patch, yang menjanjikan penjimatan minyak dan pengurangan pelepasan karbon.
Pelekat K-Tech tersebut bakal digunakan oleh 8 juta pengguna global menjelang tahun 2026 sekali gus menjadikan Malaysia peneraju dalam bidang teknologi automotif cekap tenaga.
Jurucakapnya Dato Parameswaran berkata, K-Tech Patch dibangunkan melalui penyelidikan mendalam selama lebih 10 tahun dan menggunakan teknologi terkini yang dipatenkan. Produk ini berupaya mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40% dan menjimatkan penggunaan minyak sehingga 15%, menjadikannya penyelesaian ideal bagi pemandu yang mahu menjimatkan kos sambil menjaga alam sekitar.
“Keistimewaan K-Tech Patch terletak pada teknologi Nano-Terahertz yang dipatenkan. Teknologi ini menawarkan kelebihan seperti peningkatan prestasi enjin, pengurangan pelepasan karbon, dan penjimatan minyak yang signifikan. Dengan teknologi ini, pengguna dapat menikmati pemanduan yang lebih lancar, kos bahan api yang lebih rendah, serta jangka hayat enjin yang lebih panjang.
“K-Tech Patch telah memperoleh pensijilan daripada badan-badan berprestij seperti TÜV NORD (Eropah), SIRIM (Malaysia), dan Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Pensijilan ini membuktikan keberkesanan dan keselamatan produk K-Tech Patch, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna di seluruh dunia.” katanya dalam sidang media disni pagi ini.
Dalam masa sama, Presiden Qiang Long, Eric Chiwe berkata, K-Tech Patch bakal menembusi pasaran antarabangsa dan membuka peluang kerjasama serantau serta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Melalui pelan pengkomersialan agresif, Qiang Long merancang untuk menembusi pasaran Bangladesh, India, China, dan Asia Tenggara menjelang 2025 hingga 2026. Syarikat ini menyasarkan 1 juta pengguna tempatan dan 5 juta pengguna global menjelang 2025, dan angka ini dijangka meningkat kepada 2 juta pengguna tempatan dan 8 juta pengguna global pada tahun 2026.
Sasaran ini selari dengan peningkatan permintaan global terhadap teknologi hijau yang bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga membantu memelihara alam sekitar.
Tambahnya lagi, K-Tech Patch turut menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang mensasarkan pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. Ketika harga minyak global terus meningkat, keperluan terhadap penyelesaian teknologi hijau menjadi semakin mendesak. Dengan kos yang rendah dan kesan tinggi, K-Tech Patch menawarkan penyelesaian praktikal kepada pengguna untuk menurunkan kos operasi harian kenderaan mereka.
Produk ini bukan sahaja sesuai untuk penggunaan di Malaysia tetapi juga mampu memberi penyelesaian kepada negara-negara lain yang sedang berhadapan dengan isu pencemaran udara yang kritikal. Keupayaannya dalam menjimatkan minyak dan mengurangkan kos hidup menjadikannya produk yang bakal mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

“Dengan teknologi yang mampu mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kecekapan enjin, ia dapat membantu menangani masalah pencemaran udara di kawasan bandar yang padat penduduk. Ini menjadikan Qiang Long pemain utama dalam industri automotif hijau dan penyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat.
“Inovasi ini memberi Qiang Long kelebihan kompetitif yang sukar ditandingi, menjadikannya perintis dalam teknologi cekap tenaga di Malaysia dan di peringkat global.
K-Tech Patch dijangka memasuki pasaran secara rasmi pada Mac 2025, dengan harga promosi menarik bagi pengguna awal. Berikut adalah senarai harga bagi produk ini:
- K-Tech Patch bawah 2,000 CC (Waranti 5 tahun): RM398 (Harga Promosi)
- K-Tech Patch atas 2,000 CC (Waranti 5 tahun): RM498 (Harga Promosi)
- K-Tech Patch bawah 500 CC (Waranti 5 tahun): RM149 (Harga Promosi)
Servis tambahan seperti pemasangan percuma turut ditawarkan melalui panel rasmi Qiang Long dan perlu digunakan dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Pemasangan ini hanya mengambil masa 20 minit.
Bagi merancakkan promosi, Qiang Long turut mengalu-alukan kerjasama dengan pengedar, stokis automotif, serta pempengaruh e-dagang di seluruh negara. Pendaftaran untuk menjadi rakan kongsi kini dibuka secara percuma bagi 500 peserta terawal.
