KUALA LUMPUR – Jenama makanan kesihatan berfungsi, Tigrox, terus mengorak langkah apabila menjalinkan kerjasama strategik bersama Watsons Malaysia dengan produknya kini boleh didapati di lebih 300 cawangan peruncit kesihatan dan kecantikan itu di seluruh negara.
Kerjasama tersebut dilihat sebagai satu usaha memperkukuhkan konsep “Airway Longevity” atau penjagaan kesihatan pernafasan secara harian dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya dalam era pasca pandemik.
Melalui teknologi pengekstrakan rebusan perlahan pada suhu 65°C dalam format cecair sedia diminum, Tigrox menawarkan pendekatan penjagaan pernafasan yang lebih praktikal, mudah dan sesuai dengan gaya hidup keluarga moden.

Menurut Wellous, syarikat di sebalik jenama Tigrox, kesihatan pernafasan sering hanya diberi perhatian apabila seseorang mengalami gejala seperti batuk, tekak tidak selesa, hidung sensitif atau masalah pernafasan ringan. Namun selepas simptom reda, penjagaan tersebut biasanya kembali diabaikan.
Dalam keadaan persekitaran moden yang dipengaruhi pencemaran udara, jerebu, perubahan cuaca serta aktiviti sosial harian, Tigrox memperkenalkan konsep penjagaan pernafasan secara lebih proaktif bagi membantu masyarakat membina tahap kesihatan saluran pernafasan yang lebih baik secara berterusan.
Peluasan ke rangkaian Watsons juga menjadi langkah penting buat Tigrox yang sebelum ini lebih dikenali menerusi platform dalam talian. Kehadiran produk di kedai fizikal membolehkan pengguna mendapatkan produk dengan lebih mudah di samping menerima penerangan daripada ahli farmasi yang bertauliah.

Produk utamanya, Tigrox Tiger Milk King, turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Minuman Cendawan Susu Harimau dengan Nilai Jualan Tertinggi di Malaysia”. Setiap sacet minuman tersebut mengandungi 625 miligram Cendawan Susu Harimau premium yang terkenal dalam membantu menyokong kesihatan pernafasan dan sistem imun badan.
Produk berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi pengekstrakan rebusan perlahan 65°C yang dibangunkan sendiri oleh Tigrox bagi mengekalkan kestabilan serta kandungan aktif dalam formulasi produk. Format cecair sedia diminum juga membantu penyerapan lebih cepat selain lebih mudah diambil oleh kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai kesukaran menelan pil atau kapsul.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wellous, Andy Tan berkata, kerjasama bersama Watsons bukan sahaja bertujuan memperluaskan akses kepada produk, malah memberi peluang kepada pengguna untuk melihat dan mendapatkan produk secara terus di kedai fizikal.
Menurutnya, ramai pengguna masih gemar melihat sendiri produk sebelum membuat keputusan untuk mencuba, sekali gus menjadikan kehadiran Tigrox di Watsons sebagai langkah penting dalam mendekatkan penjagaan kesihatan pernafasan kepada masyarakat.
Sementara itu, rakan kongsi jenama Tigrox, Jack Lim berkata, pengalaman dirinya yang pernah mengalami masalah ketidakselesaan pernafasan sejak kecil membuatkan beliau lebih memahami kepentingan penjagaan pernafasan harian. Sebagai artis, penyampai radio dan penerbit yang banyak menggunakan suara dalam kerjayanya, beliau percaya penjagaan kesihatan hanya berkesan jika ia mudah diamalkan secara konsisten dalam rutin harian.



Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap Tigrox kerana produk itu disokong oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan Wellous serta Medical and Research Board of Advisory (MRBA) yang membantu dalam proses pembangunan produk.
Bagi memperkukuhkan lagi kempen peluasan pasaran tersebut, Tigrox turut melancarkan kempen penjenamaan di Stesen MRT Bukit Bintang sebagai usaha meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan penjagaan pernafasan harian.
Selain Tigrox Tiger Milk King, beberapa produk lain di bawah jenama Tigrox turut boleh didapati di Watsons termasuk Imuglo Minuman Imuniti Elderberi dan Livetal Minuman Kecergasan Antrodia Cinnamomea yang menyokong aspek imuniti dan vitaliti harian pengguna.
