bbb

Kuala Lumpur – Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad akan memperuntukkan hampir setengah juta Ringgit untuk Bantuan Pendidikan dan Dermasiswa Anak-anak Cemerlang, tahun hadapan.

Pengerusi KOSWIP, Dato’ Khairul Walid bin Mohamed berkata, jumlah peruntukkan terbabit dibuat berikutan pihaknya membelanjakan hampir RM300,000 sebagai Bantuan Pendidikan dan Dermasiswa Anak-anak Cemerlang, baru-baru ini.

Beliau berkata, KOSWIP menyalurkan bantuan itu di Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan dan Dermasiswa bertempat di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Angkasapuri, Selasa lalu.

Katanya, majlis itu dihadiri lebih 20 penerima Cemerlang SPM dan Dermasiswa bersama ibu bapa yang juga anggota KOSWIP serta 34 orang pelajar yang terpilih untuk bantuan Tabung Dermasiswa Anak-anak Cemerlang manakala penerima Tabung Bantuan Pendidikan adalah sebanyak 2,121 borang, dengan peruntukan berjumlah RM230,630.

“Penganjuran majlis ini bagi memberikan sokongan kepada pelajar yang layak melalui pemberian bantuan pendidikan, sekali gus mengurangkan beban kewangan keluarga anggota KOSWIP yang memerlukan.

“Bantuan pendidikan ini bukan sekadar sebuah sumbangan material, tetapi juga merupakan satu penghargaan terhadap usaha gigih dan kejayaan yang dicapai oleh anak-anak kita dalam bidang akademik.

“Ia adalah satu dorongan agar mereka terus berusaha lebih keras, serta menjadi contoh kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk mengejar kejayaan dalam bidang pendidikan”, katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Khairul Walid, KOSWIP menerima Anugerah Kelestarian Koperasi yang disampaikan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor, di hadapan lebih 500 peserta, termasuk wakil-wakil koperasi dari pelbagai sektor di Perhimpunan Ikonik Koperasi Selangor, Isnin lalu.

“Anugerah terbabit adalah hasil gabungan kerja keras di antara anggota lembaga lama dan baharu serta semua anggota KOSWIP yang membawa kepada kejayaan ini.

“Saya yakin anugerah ini akan membakar semangat pegawai dan kakitangan KOSWIP bagi meneruskan agenda koperasi dan memastikan anggota KOSWIP mendapat manfaat,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading