e02939fc-8be5-4840-9e82-6a628fc250db

Kuala Lumpur – Pengedar jam tangan pelbagai jenama, Time Zone, kini melancarkan cawangannya yang telah dinaik taraf sebaris dengan ibu pejabat Habib Jewels di Ampang Point disini hari ini.

Sebagai peneraju industri dalam peruncitan jam tangan, pembukaan semula kedai baharu Time Zone ini memberi pengalaman membeli-belah yang tinggi dengan susun atur dan reka gaya kedai serba baharu.

Direka bentuk dengan mengutamakan keanggunan moden, cawangan baharu ini bukan sahaja mempamerkan pilihan jenama terpilih yang diiktiraf di peringkat global, tetapi juga berfungsi sebagai pusat selepas jualan dan perkhidmatan khusus kepada para pelanggan.

Menurut Pengerusi Eksekutif Time Zone, Dato’ Sri Meer Habib, pelbagai jenama boleh didapati di kedai ini antaranya; Ice Watch, Komono dari Belgium,William L dari Perancis,dan Corniche dari Sweden.

“Pelanggan boleh mendapatkan jam tangan idaman mereka, perkhidmatan gantian bateri, tali jam yang pelbagai dan banyak lagi. Ini menjadikan ia satu destinasi sehenti untuk semua keperluan jam tangan mereka.

“Selain itu kita juga ada kaca mata hitam berjenama Komono yang juga jenama fesyen yang terkenal menepati cita rasa semua” katanya selepas merasmikan pembukaan Time Zone hari ini.

Pengerusi Eksekutif Time Zone, Dato’ Sri Meer Habib (kanan) bersama Lisa Teh, Pembantu Pengurus Time Zone

Sebagai tambahan, Time Zone merupakan salah satu daripada syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Habib dan telah ditubuhkan pada 1992.

Pelancaran Ice Smart 3.0

Sementara itu, Dato’ Sri Meer Habib turut melancarkan jam tangan digital terbaru Ice Smart 3.0 dengan reka bentuk yang nampak lebih mewah dengan fungsi digital pintar.

Ice Smart 3.0 membawa teknologi terkini ke tahap seterusnya. Mengekalkan reka bentuk yang anggun dan minimum daripada pendahulunya Ice Smart 2.0, peningkatan baharu ini termasuk GPS terbina dalam dan serasi untuk semua peminat kecergasan yang merupakan pengguna Strava.

Ice Smart 3.0 merupakan jam tangan sesuai bagi pengguna lasak yang mengamlkan gaya hidup aktif. Koleksi baharu ini memperkenalkan pilihan warna yang unik dan rangkaian tali getah dalam tiga warna berbeza dua warna tali steel yang membolehkan pengguna memperibadikan gaya mereka.

Dikemaskan dengan perincian GPS, pantauan bacaan kadar jantung dan jumlah langkah serta banyak lagi menjadikan Ice Smart 3.0 sebuah jam tangan kelas pertengahan yang lengkap untuk kegunaan peribadi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading