Time Zone mengumumkan pelancaran jam tangan baharu jenama Ice Watch iaitu Ice Smart 3.0. Merupakan penambah baikkan dari versi terdahulunya, Ice Smart 2.0, versi terbaru ini memiliki tetapan GPS yang mampu memberikan nilai tambah baik kepada pelanggan.
Jam tangan digital dengan kemasan skrin sentuh (touch screen) didatangkan dengan dua versi tali jam antaranya tali jam getah dengan pilihan warna putih, merah jambu lembut dan hitam. Manakala bagi versi tali steel memiliki pilihan warna hitam dan rose gold.

Ice Smart 3.0 membawa teknologi terkini ke tahap seterusnya. Mengekalkan reka bentuk yang anggun dan minimum daripada pendahulunya Ice Smart 2.0, peningkatan baharu ini termasuk GPS terbina dalam dan serasi untuk semua peminat kecergasan yang merupakan pengguna Strava.
Kelebihan lain, Ice Smart 3.0 memiliki paparan skrin digital dan analog yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut citarasa tersendiri. Pelbagai pemuka (faces) boleh dimuat turun melalui aplikasi ICE SMART di google playstore dan Apple.

Dengan skrin Amoled 1.78″, memudahkan pengguna membuat pilihan tetapi lebih lancar tanpa sebarang masalah.
Selain itu, pantauan bacaan kadar jantung, tekanan darah dan jumlah kiraan langkah serta banyak lagi menjadikan Ice Smart 3.0 sebuah jam tangan kelas pertengahan yang lengkap untuk kegunaan peribadi. Diperincikan dengan lebih 100 jenis mod sukan mengikut kesesuaian pengguna.

Beberapa ciri utama lain termasuk:
- Tetapan GPS : Mampu menjejaki semua aktiviti sukan luar anda dengan sistem GPS yang terbina.
- 24/7 Pemantauan Kadar Jantung & Cerapan Kesihatan: Jejaki matlamat kecergasan anda dengan metrik kesihatan setiap masa.
- Komunikasi Pintar: Kekal berhubung dengan rakan & keluarga melalui panggilan, mesej & makluman media sosial sekilas pandang.
- Muka Jam Boleh Disesuaikan: Peribadikan muka jam anda melalui pilihan pemuka untuk disesuaikan dengan gaya anda.
- Reka Bentuk Paparan & Tahan Lama: Dibina untuk melengkapkan gaya hidup anda semasa dalam perjalanan
Ice Smart 3.0 juga menawarkan fungsi panggilan ICE (Dalam Kes Kecemasan), membolehkan anda menghubungi salah seorang kenalan anda secara terus melalui panggilan kecemasan.

Harga Mampu Milik
Bagi tawaran harga, Ice Smart 3.0 menawarkan pilihan yang sesuai bagi kelas pertengahan dan mampu dimiliki pelbagai lapisan.
Bagi Ice Smart 3.0 bertali getah, harga yang ditawarkan cum RM499 sahaja, manakala yang bertali steel hanya RM599.
Bagi yang berminat, boleh kunjungi mana-mana cawangan Time Zone atau layari www.timezone.com.my
