MEITU_20250207_052832646

Kuala Lumpur – Ramadan bakal datang lagi!

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia tatkala tiba bulan puasa pasti akan kelihatan disana sini kepelbagaian bufet Ramadan bagi menyemarakkan aktiviti berbuka puasa. Di Kuala Lumpur sendiri, di setiap ceruk ada sahaja hotel dan restoran menyediakan santapan berbuka puasa. Cuma yang menjadi persoalan adalah adakah ia sedap, harga berpatutan dan berbaloi dengan setiap sen yang anda belanjakan.

Kami cadangkan kepada para pembaca untuk mencari lokasi berbuka puasa di tempat yang mudah dituju dengan kereta dan pengangkutan awam. Tidak perlu pergi jauh, anda boleh memilih Hotel Tamu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menariknya di Hotel Tamu, anda boleh menikmati juadah berbuka puasa sambil menjamu mata dengan permandangan indah kotaraya Kuala Lumpur di waktu malam dari Suasana@27.

Bertemakan ‘RAMADHAN EXTRAVAGANZA’ yang menyajikan lebih 172 pilihan hidangan juadah berbuka puasa disediakan khas untuk para pengunjung pastinya membuatkan pengunjung tidak sabar menikmati semua hidangan.

Sajian yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Azizul Bin Mohd Noor menyajikan makanan Masakan Warisan Tradisi Melayu yang pastinya sinonim dengan selera rakyat Malaysia. Antaranya, menu utama yang menjadi buah mulut ramai pengunjung seperti ‘Nasi Kambing Tagine Dulang Besar’, Sup Gear Box, Gulai Daging Batang Pisang dan Kari Kepala Ikan juga dikekalkan selain menu hidangan masakan Antarabangsa.

Setiap 16 buah gerai menyediakan kepelbagaian pilihan menu yang mempunyai ceritanya sendiri seperti mana konsep pada tahun ini dan pastinya membawa kenangan berbuka puasa di kampung.

Selain itu, pilihan Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Kampung dan Salad, Pilihan Hidangan Utama seperti Ayam Masak Kuzi, Ikan Tengiri Sambal Hijau Manga Muda, Sotong Masak Lemak Nogori Kacang Panjang, Rendang Pedas Udang Daun Kunyit, Paru Goreng Sambal Bawang, Pajeri Terung istimewa dan Masak Lemak Pucuk Manis bersama Keledek.

Tidak ketinggalan juga menu pilinan di enam belas (16) gerai seperti Laksa Penang Rojak Pasembur, Goreng-Gorengan, Satay Ayam dan Satay Daging, Murtabak dan Roti Jonn, Wesfern Corner yang menyediakan Pasta, Mushroom Soup, Beef or Chicken Mongolian, Chicken Shawarma dan Roasted Whole Lamb, \kan Bakar Kampung Baru, Mee Goreng Mamak dan gerai yang paling ‘Viral’ pada tahun lepas merupakan gerai ‘Donut Panas Tamu’, Cakoi dan Roti Kukus.

Pencuci Mulut juga tidak dilupakan seperti potongan Buah-Buahan Tempatan, Buah Kurma, Assorted Mini French Pastries, Puding dan Agar-Agar, Brownie, Chocolate Mousse, Bubur Jagung, Red Ruby, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha-Cha, Pengat Pisang, Warmed Bread and Butter Pudding, Lepat Pisang, Tepung Pelita, Badak Berendam, Sago Gula Melaka dan pelbagai Kuih Melayu Tradisi dengan Kerepek.

Bufet Ramadan yang bermula dari 2hb Mac 2025 sehingga 30hb Mac 2025 ini, turut membawa pengunjung merasai suasana yang lebih peribadi dengan membuat tempahan di Restoran Eksklusif , TAMU Sky Lounge, di Aras 40. Anda boleh merasai keenakan Daging Wagyu Halal yang berjus sambil menghirup udara malam dan menikmati pemandangan.

Baucar Awal Ramadhan telah dibuka untuk jualan dari sekarang sehingga minggu pertama Ramadhan dengan kos RM99+ untuk seorang. Bagi pengunjung yang datang singgah terus untuk Iftar tanpa tempahan daripada 2hb Mac 2025 sehingga 30hb Mac 2025, kos sebanyak RMI169+ untuk seorang akan di kenakan. Namun, di sarankan untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tempat khas untuk anda.

 

Harga sebenar untuk ‘RAMADHAN EXTRA VAGANZA’  RM169+ untuk Seorang, RM75+ untuk Warga Emas yang berumur atas 60 tahun dan RM70+ untuk Kanak – Kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi Restoran Suasana27 menerusi talian hotel +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9360.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading