IMG_20250207_050304_625

Kuala Lumpur – Restoran bumiputera berkonsepkan kopitiam, The Makan Shoppe merasmikan cawangan pertamanya di Pusat Beli-Belah 168 Selayang pada Rabu dengan membawa visi makanan jalanan ke restoran bertaraf tinggi.

Arisprop Capital Bhd melalui Aris Burger Sdn Bhd memperkenalkan The Makan Shoppe mengetengahkan konsep ‘From Street to Restaurant’, membolehkan rakyat Malaysia menikmati keunikan makanan tempatan dengan suasana yang selesa.

Pengerusi Eksekutif Arisprop Capital, Datuk Haris Embong, berkata setelah sekian lama terbabit dalam perniagaan dan industri agromakanan serta makanan sejuk beku, sudah tiba masanya untuk syarikat membuka restoran.

Jelasnya, The Makan Shoppe menyasarkan pembukaan 10 buah lagi cawangan menjelang hujung tahun 2025 dengan jumlah sasaran pembukaan 50 buah cawangan menjelang lima tahun akan datang.

“Dengan pembukaan cawangan pertama ini, The Makan Shoppe juga sudah mendapat jemputan untuk membuka cawangan baharu daripada pasaraya terkemuka di pelbagai lokasi strategik seluruh negara,

“The Makan Shoppe dijangka membuka beberapa cawangan baharu dalam masa terdekat merangkumi Pasar Raya AEON di seluruh Malaysia (AU2 Setiawangsa, Nilai, Melaka, Kota Bharu dan Shah Alam), bangunan ibu pejabat MARA, Pasar Raya Mydin serta lokasi utama seperti Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan KLCC” katanya.

Tambahnya lagi, selain memperkenalkan kelainan dalam menikmati makanan jalanan Malaysia dengan suasana yang moden dan selesa, restoran ini juga mampu menarik lebih ramai pelanggan dengan keunikan sajian menu jalanan Malaysia.

“The Makan Shoppe telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Juara Keseluruhan Kategori Makanan dan Minuman (F&B) dalam Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024.

“Pada awal operasi restoran ini, kita dapat lihat penerimaan baik dari masyarakat dan respon jualan yang positif, Insya Allah, target kami untuk disenaraikan disenaraikan di pasaran saham melalui tawaran awam permulaan (IPO) dalam industri makanan dan minuman” ujarnya.

Perasmian restoran ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading