9e8ab440-9c80-4215-8eb9-2b3f2197bae1

Baru-baru ini tular satu video di laman sosial Dato’ Seri Vida tentang gurauannya dengan Datuk Seri Aliff Syukri di salah satu ekspo yang sedang berlangsung di Singapura.

Dalam video tersebut, Dato’ Seri Vida berseloroh mengatakan tiada sesiapa datang membeli produk mereka dan mendakwa expo tersebut lengang dan sendu.

“Datang event dua tiga kali sebulan di Singapore, tetapi sale takde”

“ Tengok sendu je…Sewa hall ni berapa, mahal”

Gurauan itu dibalas Datuk Aliff Syukri sambil ketawa terhibur.

“Nama je orang Singapore, tengok je ambil gambar video, belinya tidak, Sedih”

“Mana orang-orang Singapore ni”

Gurauan itu bukanlah untuk menyalahkan sesiapa tetapi menunjukkan populariti atau terkenalnya seseorang itu bukanlah tiket memastikan apa-apa sahaja ekspo jualan akan diserbu ramai orang dan juga bukanlah penentu produk yang dijual artis terkenal akan laris.

Lain pula kisahnya dengan produk otak-otak Mr.Noh atau dikenali juga sebagai otak-otak JB. Tengok sahaja pun, kita sudah tahu kesedapan otak-otak ini. Manakan tidak, sampai habis licin terjual di Ekspo Singapura baru-baru ini.

Orang-orang Singapura memang ‘gerek seh’ bila mereka borong habis otak-otak Mr.Noh yang dijual. Dah rasa sekali pasti nak lagi sebab terbukti keenakan, kerangupan dan kualiti produk standing harga yang ditawarkan.

Ini membuktikan, kualiti produk tetap menjadi pilihan no 1 bagi para pelanggan. Itu yang membuatkan sesuatu produk itu laku keras dan orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya.

Otak-otak Mr.Noh, produk bumiputera

Produk ini dikeluarkan dari Mr Noh Food Industries (M) Sdn Bhd dan merupakan perniagaan makanan sejuk beku milik Bumiputera. Ditubuhkan pada tahun 2022, syarikat ini telah berkembang menjadi jenama yang di Malaysia dan Singapura.

Produk ini juga telah memiliki perakuan sijil halal dari Jabatan Kuamajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan berhasrat mengembangkan perniagaan kepada 1,000 cawangan francais menjelang 2032. Selain itu, jenama ini menyasarkan untuk menjadi pengeluar produk sejuk beku terkemuka di Malaysia dan global amnya.

Antara produk-produk mereka adalah otak-otak, samosa, karipap, popiah, satar, pepes dan keropok lekor.

Produk Mr.Noh ini bukti bahawa perniagaan bumiputera mampu menembusi pasaran global dan mencipta nama ke peringkat lebih tinggi.

Untuk ekspo di Singapura ini, produk Mr.Noh mendapat sambutan yang sangat baik dari pengunjung rakyat Singapura malah ada juga dari rakyat Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan produk keluaran Mr. Noh.

Pengasas Otak-Otak Mr.Noh, Mohammad Qashrie bin Md Noh

Menurut video yang tular di akaun Tiktok Otak-otak JB Mr Noh Shop, pengasasnya sendiri, Mohammad Qashrie bin Md Noh telah kongsikan status barang jualannya habis licin diserang pembeli serta peminat Mr Noh dari Singapura. Beliau juga menghargai sambutan yang luar biasa semasa di expo tersebut dan berhasrat untuk tidak berhenti memasarkan lagi produk beliau disana.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading