Shah Alam – Pusat kecantikan terkemuka, Dermalene mengumumkan kolabrasinya bersama ikon islamik, Ustazah Asma Harun meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya rawatan kecantikan yang selamat dan patuh syariah di kalangan masyarakat.
Ustazah Asma Harun turut dilantik sebagai penasihat syariah rasmi melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha mendidik orang ramai tentang memilih produk kecantikan yang halal dan beretika.
Pengasas Dermalane, Dr Alina Hasni berkata, inisiatif itu bermula selepas menyedari akan keperluan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya memilih produk kecantikan yang halal dan beretika.
Jelasnya, Ustazah Asma’ Harun dipilih kerana kepakarannya dalam menyampaikan mesej Islam secara menyeluruh, termasuk dalam aspek kecantikan. Beliau juga pernah berkolaborasi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau turut meyakini kerjasama ini mampu memperkukuhkan komitmen pihaknya terhadap kecantikan yang mematuhi syariah dan mengajak orang ramai untuk memilih rawatan kecantikan yang selamat serta tidak melibatkan prosedur invasif.
“Dermalene berharap dapat membuka mata lebih ramai individu mengenai kepentingan memilih rawatan kecantikan yangselamat, mesra syariah dan tidak melibatkan prosedur invasif yang meragukan.
“Kami ingin membina kesedaran bahawa kecantikan tidak hanya terletak pada aspek luaran, tetapi juga berkait rapat dengan keberkatan dalam penjagaan diri,” katanya kepada pemberita di Vista Alam, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Selain menyampaikan ilmu melalui media sosial Dermalene, Ustazah Asma’ juga akan terlibat dalam beberapa inisiatif utama, termasuk program CSR di Perkampungan Hijrah, Negeri Sembilan. Usaha ini selaras dengan visi Dermalene untuk mendalamkan makna kecantikan dari perspektif syariah dan bukan hanya sekadar penjagaan luaran.

Dermalene berharap dapat membina kesedaran bahawa kecantikan juga berkait rapat dengan keberkatan dalam penjagaan diri.
Dermalene pada masa sama mendapat pensijilan ISO 9001:2015 bagi mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap standard pengurusan yang berkualiti tinggi.
Pensijilan itu bukan sahaja menjadi bukti profesionalisme mereka, malah keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Dermalene akan melancarkan program Raya Ready 2025 bersama Siti Khadijah dan memperluaskan cawangan mereka, termasuk di Bangi dan Melaka.
Dermalene turut berharap dapat terus memberi perkhidmatan kecantikan yang beretika dan selaras dengan nilai-nilai Islam.
