_DSC0589

Cyberjaya – Teknologi pemetaan berasaskan awan (cloud-based mapping service), Tenchijin COMPASS KnoWaterleak oleh sebuah syarikat dari Jepun, Tenchijin, Inc. merupakan usaha yang telah dipraktikkan di negara matahari terbit itu dalam memastikan dan mengesan kebocoran paip bawah tanah.

Syarikat itu yang telah membuka operasinya di Malaysia, kini bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi berkongsi kepakarannya dalam membantu dalam penyelidikan pengimejan data dan membangun teknologi ini untuk diaplikasi di sini.

Pengurus Eksekutif Pembangunan Perniagaan Global, Yohei Nisihiyama berkata, seperti kebanyakan negara Asia Tenggara, sistem penyelenggaraan air Jepun kini menghadapi cabaran yang serius termasuk infrastruktur penuaan serta kesan perubahan iklim. Oleh itu, teknologi ini diguna pakai bagi membantu menjimatkan masa disamping ketepatan pengesanan dalam mencari punca masalah paip bawah tanah.

“Untuk menangani isu yang semakin meningkat dalam bidang pengesanan kebocoran, yang terus bertambah buruk disebabkan faktor ini, Tenchijin, Inc. telah membangunkan Tenchijin COMPASS KnoWaterleak, menggunakan data, maklumat dan teknologi untuk menyediakan penyelesaian.

“Kami memilih Malaysia sebagai hab dan pangkalan serantau dalam mengembangkan teknologi ini di Asia, kerjasama dengan USM juga adalah langkah bagi kami dalam menyelidik bagaimana bentuk muka bumi, jenis tanah dan sistem paip yang digunakan disini.

“Dari situ kami mendapatkan data dan akan diproses bagi melaksana sistem teknologi yang digunakan.” katanya dalam sidang media di pejabat Leave A Nest disini.

Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan USM, Profesor Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban manambah, kerjasama ini juga mampu membantu pihak kerajaan Malaysia mengurangkan kos dan menjimatkan masa dalam memastikan masalah saluran paip yang berlaku dapat ditangani pada kadar segera.

“Kajian pemetaan data dan pengaplikasian teknologi oleh Tenchijin ini sangat diperlukan pada masa kini.

“Bukan sahaja dari segi paip bawah tanah, malah di USM pelbagai kajian lain boleh dilakukan menggunakan teknologi ini dalam bidang pengurusan data pemetaan dan perancangan bandar” jelasnya.

Tenchijin COMPASS KnoWaterleak ialah perkhidmatan pemetaan berasaskan awan yang memanfaatkan data satelit dan teknologi AI untuk menyokong utiliti air dalam meningkatkan kecekapan proses pengesanan kebocoran.

Pengaplikasian Teknologi Berasaskan AI

Ia menggabungkan data daripada satelit, data terbuka dan lejar bekalan air yang didigitalkan serta peta paip untuk menganalisis dan menentukan kawasan yang mempunyai risiko kebocoran tinggi dalam blok 100 meter. Pengguna boleh menyemak data dengan cepat, menyokong pengesanan kebocoran pantas dan perancangan pembaikan.

Dengan AI ini, ia boleh menilai semula risiko kebocoran paip berdasarkan data terkumpul, yang membawa kepada ketepatan yang lebih baik.

Satu memorandum persefahaman (MoU) antara Tenchijin Inc. dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah ditandatangani bagi kerjasama penyelidikan dan perkongsian teknologi untuk diaplikasi di dalam negara.

Jalinan rangkaian dengan ahli akademik terkemuka dan pakar industri ini mewujudkan hubungan berharga yang akan menjadi asas untuk kerjasama masa depan di Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading