ffc39341-de77-4023-ab1c-ebccf4523bba

Kuala Lumpur – Jenama fesyen global terkenal, Steve Madden menjalinkan kerjasama dengan satu jenama lokal, Ameera Zaini dengan melancarkan kasut, tudung dan aksesori kontemporari untuk musim perayaan tahun ini.

Diinspirasikan oleh pesona nostalgia tahun 90-an, gabungan fesyen ini yang bertemakan House of Steve: Edisi Raya dilihat menonjolkan trend terkini yang bakal menjadi pilihan para penggemar fesyen.

Untuk tahun ini, House of Steve menampilkan rekaan keanggunan yang memenuhi gaya dan meningkatkan elegan kepada sesiapa sahaja yang menggayakannya.

Dengan kemasan batu kristal menaikkan seri dan memberi keyakinan dalam gaya di musim perayaan nanti.

Koleksi beg tangan, kasut dan sandal jenama ini bukan sahaja direka mengikut keselesaan namun memberikan aura sofistikated untuk tampil lebih menyerlah.

Antara koleksi yang ditawarkan antaranya beg tangan Benno yang dipadankan dengan kasut Zellie memberikan aura keaggunan estetik dengan perincian gaya moden.

Manakala, kasut Sandre, Accords, Ensemble dan Justice pula dikemaskan dengan susunan batu kristal yang berkilau ditambah pemilihan material yang cukup selesa untuk digayakan. Tmbahan batu kristal ini sekali gus menaikkan lagi seri kepada si pemakai.

Bagi anda yang mencari kelainan, Steve Madden turut melancarkan beg tangan dan kasut yang sesuai duntuk penggayaan kasual namun tetap nampak elegan.

Beg tangan Bevelyn serta kasut Maven dan Mona dengan rekaan minimalis ini cukup sesuai untuk keselesaan sepanjang hari tidak kira untuk gaya formal mahupun santai.

Koleksi House of Steve Raya boleh didapati di semua kedai fizikal Steve Madden seluruh Malaysia dan dalam talian.


Untuk maklumat lanjut, ikuti @stevemaddenmalaysia di media sosial atau layari laman web kami
laman web www.stevemadden.com.my.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading