bhayam07_1741336622

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan pelakon veteran, Wan Maimunah berniaga ayam golek ketika bulan ramadan demi membantu anak lelakinya telah berjaya tarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Ceplos007 di laman TikToknya, Wan Maimunah atau nama lengkapnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz membuka sebuah gerai untuk menjual Ayam Ferris Wheel di kampung Wakaf Beruas, Terengganu.

Dalam perkongsian itu, individu tersebut berharap kepada orang ramai untuk memberi sokongan terhadap Wan Maimunah mencari pendapatan sampingan pada bulan ramadan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan semangat Wan Maimunah dan mereka meluahkan rasa teruja untuk menyokong perniagaannya.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar urusan pelakon tersebut dalam mencari rezeki dipermudahkan selain menitipkan nasihat menjaga kesihatan memandangkan usianya yang kian menua.

@ceplos007

Macam ibu kita sendiri dah..mana orang terengganu, meh supoort..semoga murah rezeki selalu ibu..🥰🥰🥰

♬ suara asli – Oreng Bungkalatan – Oreng Bungkalatan

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading