Samsung Malaysia memperkenalkan 3 peranti baru di bawah siri Galaxy A iaitu A56, A36 dan A26. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dan menjalankan sistem operasi terkini dari Samsung iaitu One UI 7.
Ketiga-tiga model ini berkongsi beberapa spesifikasi yang sama menyokong paparan 120Hz. Selain itu, ketiga-tiga peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan menyokong penarafan IP67. Perbezaan ketiga-tiga model ini adalah pada cip pemprosesan, tetapan kamera dan pengecasan.

Samsung Galaxy A36 juga dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 6 Gen 3, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 5MP. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto.
Reka Bentuk Praktikal
Samsung Galaxy A36 5G didatangkan dengan kemasan daripada plastik di bahagian belakang menjadikannya selesa di tangan dan bebas daripada cap jari pada peranti manakala ketebalan peranti adalah sekitar 7.4 mm dan beratnya mencapai 195 gram. Ia dilengkapkan dengan ciri perlindungan rintangan air dan debu dengan pensijilan IP67. Ini bermakna peranti ini benar-benar kedap habuk dan mampu tenggelam di dalam air sehingga 1 meter (kira-kira 3 kaki) selama tempoh 30 minit.

Spesifikasi Dikemaskini
Samsung Galaxy A36 5G dikuasakan dengan chipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 (6NM) dengan gabungan Octa-Core. Dipasang di dalamnya 6, 8 dan 12 GB RAM serta didatangkan dengan kapasiti 256GB storan serta dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 15, One UI 7.

Setiap peranti Samsung yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima kemaskini software menjanjikan enam tahun kemas kini OS dan enam tahun kemas kini keselamatan. Ini merupakan peningkatan signifikan berbanding model sebelumnya yang hanya menerima empat kemas kini OS dan lima tahun kemas kini keselamatan.di dalam memastikan keselamatan data pengguna.
Kamera Semi-Padu
Samsung Galaxy A36 5G didatangkan dengan sejumlah 4 kamera di bahagian depan dan belakang iaitu kamera jenis 50 MP F/1.8 (WIDE) dan dipasangkan dengan OIS (Optical Image Stabilization system), 8 MP/F2.2 (ULTRAWIDE) serta 5 MP/F2.4 (MACRO).

Peranti ini menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30FPS dengan bantuan fungsi gyro (gyro-EIS) untuk mengimbangi gegaran kamera dalam menghasilkan gambar atau video yang lebih stabil. Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 12 MP F/2.2 (SELFIE) dan menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30FPS.
Ketahanan Bateri
Samsung Galaxy A36 5G mempunyai bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 45 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger). Dengan itu, masa pengecasan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mendapatkan sekitar 66% kuasa bateri atau sekitar 68 minit untuk mendapatkan daripada kuasa pengecasan sehingga 100% dengan menggunakan mana-mana kepala pengecas penyesuai plag (adapter charger) yang ada dalam pasaran.


Harga & Promosi
Samsung Galaxy A36 5G akan ditawarkan didalam dua versi iaitu versi 6/128GB pada harga RM 1,499 diikuti versi 12/256GB yang akan ditawarkan pada harga RM 1,699.
Walaubagaimanapun, sempena promosi pelancaran dari 18 Mac sehingga 31 Mac, Samsung turut menawarkan rebat bernilai RM 200 dan ganjaran bernilai sehingga RM 429 yang termasuk gandaan storan bernilai RM 200, 1 tahun lanjutan waranti, ebaucar bernilai RM 100 dan sehingga 30% diskaun bagi pembelian PWP produk Galaxy yang terpilih.
Dapatkan Samsung Galaxy A36 5G di Samsung Online Store
Dapatkan Samsung Galaxy A26 5G di Samsung Online Store
| Spesifikasi Samsung Galaxy A36 | |
|---|---|
| Dilancarkan | |
| Release Status | Release 2025, Mar 13 |
| Prestasi | |
| CPU | Octa-core (4×2.4 GHz Cortex-A78 & 4×1.8 GHz Cortex-A55) |
| Chipset | Qualcomm SM6475-AB Snapdragon 6 Gen 3 (4 nm) |
| GPU | Adreno 710 |
| Memory | 6GB RAM, 128GB ROM |
| Card Slot | No |
| Battery | 5000 mAh battery 45W wired, 66% in 30 min, 100% in 68 min |
| OS | Android 15, up to 6 major Android upgrades, One UI 7 |
| Skrin | |
| Display Type | Super AMOLED, 120Hz, 1200 nits (HBM), 1900 nits (peak) |
| Display Size | 6.7 inches, 110.2 cm2 (~86.5% screen-to-body ratio) 1080 x 2340 pixels, 19.5:9 ratio (~385 ppi density) |
| Display Features | Corning Gorilla Glass Victus+ Always-on display |
| Badan | |
| Body Dimension | 162.9 x 78.2 x 7.4 mm |
| Body Weight | 195g |
| Body Type | Glass front (Gorilla Glass Victus+), plastic frame, glass back (Gorilla Glass Victus+) IP67 dust/water resistant (up to 1m for 30 min) |
| Colors | Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, Awesome Lime |
| Kamera | |
| Rear Camera | Triple: 50 MP, f/1.8, (wide), 1/1.96″, PDAF, OIS + 8 MP, f/2.2, 123˚, (ultrawide), 1/4.0″, 1.12µm + 5 MP, f/2.4, (macro) |
| Front Camera | 12 MP, f/2.2, (wide) |
| Video | 4K@30fps, 1080p@30/60fps, gyro-EIS Selfie: 4K@30fps, 1080p@30fps, 10-bit HDR |
| Camera Features | LED flash, panorama, HDR |
| Komunikasi | |
| Sim Card | Nano-SIM + Nano-SIM + eSIM + eSIM (max 2 at a time) |
| Data Speed | HSPA, LTE, 5G |
| WLAN | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6, dual-band, Wi-Fi Direct |
| Bluetooth | 5.4, A2DP, LE |
| NFC | Yes (market/region dependent) |
| USB | USB Type-C 2.0, OTG |
| Sensor | |
| Sensor | Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, compass Virtual Proximity Sensing Circle to Search |
| GPS | GPS, GALILEO, GLONASS, BDS, QZSS |
| Audio | |
| Loud Speaker | Yes, with stereo speakers |
| 3.5mm Jack | No |
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Samsung Galaxy A36 5G ialah satu upgrade yang solid. Untuk tahun depan, kami akan jangkakan Samsung akan mengeluarkan ciri yang lebih premium. Kekuatan dia pada cip Snapdragon yang padu, reka bentuk lebih premium, dan pengecasan pantas 45W – semua ni buat A36 menonjol dalam kelas pertengahan. Tapi dari segi kamera, tak banyak beza dengan model sebelum ni.

Kalau anda sedang mencari telefon mid-range dengan prestasi harian yang stabil, tahan lasak, dan boleh tahan lama dari segi update software, A36 ni memang pilihan yang baik. Tapi kalau korang jenis cerewet bab kamera atau nak feeling flagship, mungkin boleh consider model lain dalam bajet lebih sikit.
