SYQ_5147

Shah Alam – Al-Ikhsan Sports pengedar barangan sukan terbesar bakal menggegarkan arena sukan tempatan dengan penganjuran Al-Ikhsan Run, acara larian berskala nasional yang menyasarkan penyertaan rakyat Malaysia dari semua peringkat usia dan kemampuan.

Lebih menarik, acara itu adalah sebahagian daripada kempen nasional terbaharu – For Everyday Athletes – yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat menerusi sukan.

Dengan kempen For Everyday Athletes, Al-Ikhsan bukan lagi sekadar jenama ia kini menjadi gerakan rakyat dalam setiap langkah untuk bergiat aktif dalam kehidupan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Datuk Hishammudin Hasan berkata, program ini terbuka kepada semua dan dijangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat sukan tempatan.

“Anda, saya, kamu dan semua dialu-alukan untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh Al-Ikhsan nanti.

“Tak kira umur, tak kira kelajuan anda, kita berlari dan lakukan sesuatu demi kesihatan,” katanya.

Hishammudin menegaskan perincian rasmi berhubung acara itu akan dibuat dalam masa terdekat bagi memberi masa kepada orang ramai membuat persiapan.

Kempen ini juga melambangkan pendekatan yang lebih holistik terhadap kesejahteraan merangkumi fizikal, mental dan emosi. Slogan yang diangkat  ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’  bukan sekadar ungkapan, tetapi asas kepada falsafah baharu jenama ini. Ia menyeru rakyat Malaysia untuk melihat kesihatan bukan sebagai pilihan tambahan, tetapi sebagai keperluan asas dalam kehidupan moden yang sibuk dan penuh tekanan.

Al-Ikhsan memahami realiti kehidupan hari ini: ramai yang terperangkap dengan rutin kerja yang menuntut, masa yang terhad dan komitmen keluarga yang padat. Justeru, mereka mahu menjadikan pergerakan harian sebagai sesuatu yang mudah, relevan dan menyeronokkan.

Dengan 187 cawangan fizikal dan tiga platform digital di seluruh semenanjung, Al-Ikhsan sudah lama menjadi nama yang dekat di hati rakyat Malaysia dan kali penganjuran Al-Ikhsan ini adalah cara terbaik memberi kembali kepada komuniti.

Cawangan terbaharu mereka di Elmina Lakeside Mall mencerminkan hala tuju ini. Ia bukan sahaja tampil dengan rekaan moden dan inspirasi, malah membawa pendekatan runcit baharu yang lebih interaktif dan mesra komuniti. Kedai ini bukan sekadar tempat membeli, tetapi ruang untuk merasai gaya hidup aktif dengan aktiviti komuniti, bengkel kecergasan, dan sesi interaksi sihat.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Al-Ikhsan juga akan melancarkan Program Keahlian Eksklusif pada Jun 2025. Program ini bukan sahaja menawarkan ganjaran pembelian, malah memberi insentif kepada aktiviti kecergasan dan gaya hidup sihat. Inilah bukti bahawa jenama ini serius dalam menyokong rakyat untuk terus bergerak.

Dengan menggunakan tanda pagar rasmi #4EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS, rakyat Malaysia diajak untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri — menjadikan kempen ini bukan hanya satu inisiatif korporat, tetapi sebuah gerakan rakyat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading